Sunday, 24 January 2016

Ibrah Daripada Si Anak Kecil


With him, Arfin.

Selesai solat musafir di masjid, kami pun mengambil peluang untuk 'snap sana sini' di persekitaran masjid. Tepi pasu bunga pun jadi lah asalkan bunga tu cantik. Bila bunga dan 'bunga' dalam satu gambar, lagi lah cantik. Kan? K gurau je. Hahaha.

Dia memandang kami dari jauh. Aku dengan Afifah seronok tangkap gambar tepi pasu bunga (kenapa mesti tepi pasu bunga jugak erm). Aku pandang dia. Senyum. Aku beri isyarat kepada Afifah suruh dia toleh ke belakang. Afifah pandang aku semula. Masing-masing kelu. Nak cakap dengan anak tu, tapi tak tahu nak cakap melayu ke english ke arabic. 

Dari raut wajah dia, jelas menunjukkan dia bukan orang melayu. Ya. Bukan. Sebab dia anak Pakistan. Afifah kata nama dia Arfin. Dalam kepala sebenarnya tengah fikir ayat nak panggil dia untuk bergambar sama-sama.

"Meh sini meh," aku panggil dia.

"Err kak, dia faham ke?" Afifah pandang aku. Aku tengok Arfin tak berganjak daripada tempat dia, maka faham lah aku bahawa dia tak faham apa aku cakap. Hahaha ayat pening sangat lah aku ni.

"Ta'al ta'al," kataku lagi sambil melambai tangan ke arah dia. Dia senyum dan bergerak selangkah ke arah kami. Tapi jelas dia masih segan dan ragu-ragu mungkin. 'Kenapalah kakak-kakak ni panggil aku?'

"Come here li taswir."

Haa kan dah rojak ayat hakak ni dik. Hahaha. Terus dia datang laju ke arah kami. Yes, dia faham akhirnya! Agaknya sebab sebut 'taswir' kut. Agaknya lah.

Jap. So mana 'ibrahnya? Haa ni yang nak cerita.

Lepas kami bergambar, mak hulur duit dekat aku suruh beri kepada Arfin. Arfin bukan anak peminta sedekah tapi ayah dia berniaga di masjid itu jual minyak wangi. Aku hulur duit itu kepada Afifah. Aku paksa dia cakap arab dengan Arfin. Hahaha.

"Kak, nak cakap apa?"
"Cakap lah ni hadiah."
"Arfin, nah sodaqoh."

Arfin tak mahu ambil. Dia senyum je sambil geleng kepala. Sebenarnya ibu dia tengok kami dari jauh dekat koridor masjid. Ibu dia senyum.

"Bukan sodaqoh lah pah, cakap je hadiah," kataku.

"Arfin, hadiyyah hadiyyah." Ibu dia laung dari koridor masjid. Oh ya, masa tu kami di pondok masjid. Lepas Arfin dengar ibu dia kata begitu, maka dia pun ambil.

Dia terus bawa duit tu kepada ibunya. Kami tak tahu apa ibu dia cakap tapi apa yang adik aku nampak, Arfin terus masukkan duit tu dalam tabung masjid. MasyaAllah.

Seorang anak yang mengajar kami erti bahawa ganjaran akhirat itu lebih istimewa daripada ganjaran dunia. Anak yang di-didik untuk tidak mudah mengambil apa yang dia rasa bukan hak dia.

Kalau kita kecik-kecik dulu dapat duit terus beli ais-krim ke jajan ke, tapi apa yang Arfin buat tu pada aku adalah satu perkara yang luar biasa. Mungkin orang akan kata, 'Eleh aku pun boleh buat macam tu.'

Oh ya?

Nak masuk seringgit dalam tabung masjid pun berkira. Sembang lebih. *tertembak jap*


***

Ini pula kisah dua orang anak perempuan.

Kami dalam perjalanan pulang ke Selangor sebenarnya. Kebetulan masa tu masih lagi di Port Dickson, maka kami berhenti dahulu untuk solat Maghrib. Selesai solat, ada tazkirah. Haa masa tengah tazkirah ni lah, aku dengan Afifah tak fokus. Hahaha.

Tengah senyum-senyum dengar tazkirah kelakar ustaz tu, datang dekat saf depan kami dua orang anak perempuan dengan kain solat. Umur dalam lingkungan 4 dan 5 tahun macam tu lah. Dalam hati aku, 'lawa pulak tudung budak-budak ni. Comel pulak tu.'

K tu bukan point utama sebenarnya.

Sebelum si kakak nak solat, dia tanya ibu dia.

"Ibu, okay tak kakak solat pakai macam ni?"

Merujuk kepada pakaian si kakak, dia tak pakai penuh satu set telekung tu. Just kain, tudung dan baju lengan panjang. Then, dia solat. Kemudian, si adik pun solat sebelah si kakak. Eh kembar ke? Sebab pakai baju sama. Tapi bukan kembar pun.

Aku dengan Afifah tengok je dorang solat sementara nak tunggu adik bongsu kitorang selesai solat. Serious. Dorang bukan solat jenis 'patuk ayam' (solat laju). Kalau kita kecik-kecik dulu solat lajuuu je nak habis cepat nak pergi main. Ke aku je macam tu? Eh.

Berbalik kepada cerita tadi. Aku boleh lah kata dorang solat dengan toma'ninah. Doa lepas solat pun bukan sekejap tau. Khusyuk je aku tengok mulut dorang terkumat-kamit berdoa.

Aku senyum je. Bagusnya budak-budak ni. Untung ibu ayah dia.

Aku cakap dekat Afifah, " Nanti dah ada anak, didik macam ni (tunjuk kat budak-budak tadi). Ajar solat daripada kecik. Bab tudung ke telekung, takpe. Maklong dia boleh sponser hahahaha."

Afifah buat muka kat aku. Okey okey gurau je.

See?

Budak kecik pun tahu solat sendiri. Tak nampak pun dorang dipaksa teruk tadi. Nak dibandingkan dengan orang yang dah besar terutamanya, tahu solat tapi malas. Uih, kemain liat nak solat kena disuruh dipaksa baru nak solat.

Tak tuju pada sesiapa. Umum.

Aku adik-beradik masa kecik dulu ayah dah gantung siap-siap rotan buluh yang paling nipis punya dekat tepi pintu bilik. Kalau kau sengaja lambatkan solat, ayah kasi isyarat mata je pandang rotan. Kenapa rotan buluh yang nipis? Sebab ayah kata sedap sikit nak rotan. Hahaha.

***

Kadang bila kita makin besar, kita pandang remeh dekat benda-benda yang kecik. Makin besar, makin ego.

Eh, apa kaitan dengan ego? Ego itu apa?

"Ego merupakan satu sikap dimana tidak mahu mengalah dan merasakan bahawa diri anda sentiasa betul, keras kepala dan tidak kenal erti putus asa." - pakcik google

"Ego merupakan perasaan mementingkan diri dan menganggap diri lebih mulia daripada orang lain, tidak mengaku bersalah dan bermegah dengan diri sendiri." - kamus pelajar edisi kedua

Ada kaitannya. Nak tekankan part yang "merasakan diri sentiasa betul/ menganggap diri lebih mulia dari orang lain."

Jap. Sorry kalau entri ni panjang. Tapi aku tetap nak cerita lagi. 

Okay contoh.

Kisah Arfin tadi, Allah 'tegur' kita dengan memperlihatkan tindakan Arfin yang sedeqah kan duit tu masuk terus tabung masjid. Mungkin Allah nak sedarkan kita yang kita ni dah lama tak bersedeqah. Second, dia tak sesukahati ambil benda yang dia rasa bukan hak dia. Mungkin Allah nak sedarkan kita, mungkin kita pernah ambil hak orang sebelum ni. Haa refresh semula.

Kisah si kakak dan si adik tadi, mungkin Allah nak tunjuk dekat kita yang budak kecik pun 'care' dengan ibadah solat dia. Sempurna ke tak pakaian solatnya? Toma'ninah atau tidak? Doa selepas solat, doa centu-centu je ke atau doa sungguh-sungguh?

Allah 'tegur' melalui akhlak anak-anak kecil.

Kita yang dah besar jangan berlagak sangat tahu dan ingat semua benda. Jangan ego sangat nak ambik ibrah daripada budak-budak kecil.

Sama-sama lah kita berubah.

Aku ajak kau.
Kau ajak dia.
Dia ajak orang lain.

Maaf atas kesalahan tatabahasa atau kekasaran bahasa. Terima kasih kerana sudi membaca. Maaf ler, hakak dah lama tak membebel. Haa macam ni lah jadinya. Hahaha.

Kbai.

Semoga esok lebih baik dari hari ini. :)

Assalamualaikum.