Thursday, 6 April 2017

Atok Aziz



Aku titipkan gambar paling hensem dan bergaya semasa hari raya tahun lepas.

Kelmarin adalah hari lahir dia.

Terimbau kenangan-kenangan bersamanya sewaktu dia masih didunia. Jika dulu setiap kali menziarahi dia dirumah, aku disambut mesra dengan satu senyuman indah, tapi selepas ini aku hanya disambut dengan satu batu nisan yang diam membisu tanpa suara. Jika dulu banyak kisah-kisah lama yang diceritakan buat hiburan, tapi kini hanya mampu ku susun rapi dalam ingatan.

Tiada lagi gelak ketawa yang menceriakan hati. Tiada lagi kata-kata semangat yang menguatkan diri. Hanya mampu ku sematkan dalam memori segala kenangan dan nasihat yang kau pernah beri dulu, buat kekuatan untuk masa yang mendatang nanti.

Teringat apabila bertandang ke rumah dia, bila dia tengok cucu-cucu dia tak makan pedas, mesti akan kena 'se-das' ayat dari dia. Hahaha.

"Kau tak makan pedas. Macam mana ni, kata cucu Minang..."

Dan aku selalu menjadi cucu yang akan menghabiskan makanan diatas meja sebab nampaknya hanya aku yang boleh menahan pedas (banyak minum air nak cover pedas sebenarnya). Dan dia sangat suka tambahkan nasi kalau cucu tu duduk sebelah dia. Pantang pinggan kau habis nasi, dia tambah lagi dan lagi. Aku ada jugak lah kena beberapa kali. Seminggu kenyang gayanya. Huhu.

Masa hari lahir aku tahun lepas, dia ada pesan sesuatu. Dia kata;

"Kau kalau senyum manis tau Ti. Cuba senyum macam Atok ni. Atok kalau senyum pun manis tau."

Masa tu aku tahan lagi. Tapi part aku tak tahan gelak bila dia buat gaya kalau dah tak boleh senyum sangat, senyum tipu-tipu macam dia buat. Dia pun buat lah gaya senyum tipu-tipu sampai nampak gigi. Hahaha. Atok.. Atok..

Atok,

Kalau Jumaat lepas kami masih melihat senyuman atok didepan mata, tapi Jumaat kali ini dan selepas ini mungkin hanya gambar yang menjadi tatapan mata. Kalau Jumaat lepas ada yang menanti ketibaan kami, anak-anak dan cucu-cucu, namun Jumaat kali ini hanya sepi yang menemani.

Ya,

Dulu Atok dah banyak beri kami 'tanda' sebelum pergi melalui kata-kata atok. Tapi kami buat tidak endah. Berulang atok mengatakan ayat yang sama dan kami masih juga menafikan.

"Atok dah tak lama dah ni..."

Masa tu hampir 2 minggu kita berhari raya dan Atok mengadu sakit dada lalu terus dibawa ke hospital. Masa itu aku masih dirumahnya. Aku sendiri menyaksikan bagaimana dia mengadu sakit dada dan dalam masa yang sama dia menahan sakit dihadapan cucu-cucunya.

"Atok takde pape. Sikit je ni..."

Dan itulah kemuncak sebelum pemergian Atok. Atok juga berulang-kali cakap;

Beberapa bulan sebelum pemergian dia, ada jugak dia cerita about 'something'. Katanya, selalu sangat dia rasa ada orang perhati dia. Ada satu masa sebelum Subuh, ada sesuatu kacau dia sampai dia tak boleh tidur semula. Maka, berjagalah dia sampai tibanya waktu Subuh. Dan bila kami tanya itu apa, dia kata "Ala biasalah. Bukan kita je ada dalam rumah ni. Kadang Atok tengah baca surat khabar, rasa macam ada orang tengah baca sekali kat belakang Atok. Hahaha. Tapi Atok kata dah aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku." -- Sempat lagi dia gelak dalam masa kami merasa seram dengar cerita dia.

"Atok nak buat kenduri tahlil lepas raya nanti dekat rumah ni..." (di Kuala Selangor)

Dan sungguh tak sangka, itu lah tahlil untuk Atok. Terlalu cepat. Namun kami perlu untuk menerima hakikat. Mati itu benar, kan Atok? Dan turun ke liang lahad itu juga benar. Saat berpisahnya kemewahan kita dengan dunia. Terpisahnya dengan orang-orang yang kita sayang. Yang pergi takkan kembali. Malah yang hidup itu akan menyusul pergi.

Aku tahu, setiap kisah-kisah yang Atok ceritakan pada kami dahulu itu bukan hanya sekadar suka-suka. Setiap kisah yang diceritakan itu malah membawa makna. Dan pada 19 Julai 2016 itu, aku hanya melihat sekujur tubuh yang kaku. Diam dan lena.

"Selagi orang-orang yang kita sayang masih ada, ciptalah seberapa banyak kenangan indah bersama. Kelak, kenangan itu lah yang akan menjadi peneman kita disaat mereka telah tiada."

Tenanglah kau disana wahai insan tercinta.

Al-Fatihah.

Abd Aziz Bin Haji Sharif
5 April 1948 - 19 Julai 2016 (8.03pm)

Tuesday, 17 January 2017

PPUM







*tiup habuk*

Fuh, agak lama jugaklah tak update blog ni. Mana taknya, setiap kali terfikir nak update, kat uia tu kena cari wifi. Wifi pulak kadang tak bagi kerjasama. Nak-nak bila aku duduk bilik tingkat 5 dan kalau kau nak wifi, kena turun tingkat 3. Haa. Bila kat rumah, tak teringat pulak nak update. Hahaha. Begitulah kisahnya tung tang tung tang kenapa lama sangat dah tak update. >_<

Entri kali ini "PPUM". Kenapa eh?

Harini pi situ sebab ayah ada operation laser batu karang. Operation daycare kali kedua. Kebetulan ada seorang makcik ni, suami dia pun buat laser jugak. So, sementara nak tunggu suami masing-masing (mak dan makcik) tu, kami semua pun pergilah sarapan berempat.

Masa tengah sarapan tu, anak-anak makcik tu pun datang. Then, makcik ni duduk sebelah aku. Lepas dia makan, dia main-main lah dengan cucu dia. Auliya. Umur adalah dalam lebih kurang 1 tahun. Comel budaknya masyaAllah.

"Auliya, tengok hidung kakak-kakak ni mancung kan? Mintak dekat kakak sikit hidung mancung tu. Mancung macam parrot."

Mak dah gelak dah. Aku dengan Pipah macam, aah kalau lah hidung ni boleh bagi sikit mancung tu dekat orang kan. Hahaha. Tapi bila makcik tu mention 'parrot', aku macam eh tang mana hidung burung kakak tua? *emoji berfikir

Kemudian, pergi ambil ubat. Masa tengah tunggu mak, aku pun duduk lah sensorang dekat tempat duduk yang jauh sikit dari kaunter sebab tempat duduk tu je tak ramai orang. Tetiba ada lah seorang kakak ni dengan white coat datang dekat aku. Rupanya kakak tu nak mintak tolong aku isi survey pasal ubat farmasi. Then, Pipah datang tempat aku.

"Ni kakak ke?"
"Eh tak. Ni adik saya. Afifah."
"Oh, kembar eh?"
"Eh, bukan jugak. Hahaha."

Sambil-sambil isi survey tu,sembang lah dengan kakak tu. Dia tengah buat final year project rupanya. Student UM. Lembut je orangnya. Kak Syafiqah. Nak hadam soalan survey tu macam terkial jugaklah sebab ada term yang kita jarang dengar. Maklumlah, kita bukan bidang tu kan. Hahaha.

*tengah taip ni tetiba playlist lagu Jaz- Dari Mata huhu*

Okay sambung.

Masa Zuhur pulak, aku, pipah dan mak naik lah ke tingkat 5 untuk solat. Sementara tunggu mak dengan pipah solat, aku jagakan beg-beg semua. Tetiba depan aku lalu lah seorang makcik cleaner ni. Tengok muka dia macam pernah nampak sebelum ni.

*sesi throwback*

Tahun lepas, masa operation ayah yang first, aku pernah terserempak dengan makcik ni dalam tandas yang berdekatan dengan surau di tingkat 5 tu. Masa tu, aku dalam tandas yang pertama. Makcik tu dalam tandas kedua, kiranya tandas sebelah aku lah. Aku dengar dia tengah menyental dekat sebelah, so aku tahu lah time tu adalah waktu untuk membasuh tandas.

Itu okay lagi.

Yang aku geli hati tu bila dengar dia 'bernasyid' dekat sebelah. Kalau nasyid lagu Raihan ke, Hijjaz ke takpe. Tahu dia nasyid apa?

Makcik tu berzikir. Im not sure zikir yang mana tapi nada nasyid lah yang pasti. Familiar jugaklah nasyid zikir dia nyanyi tu. Aku keluar tandas dah sengih-sengih dah. Toleh dekat makcik tu mampu senyum je. Nak tegur zikir dalam tandas, tapi ter-speechless sebab suara makcik tu pun boleh tahan tau. Hahaha hadoii makcik. Semangatnya berzikir!

Apa motif aku cerita?

Motifnya sebab aku suka bercerita. Hahaha. Okay. Ada hikmah untuk semua cerita tadi tapi aku simpulkan secara ringkas.

Satu hari menunggu operation ayah selesai, dengan nak pergi bangunan sana bangunan sini amik ubat, buat appointment untuk next yang akan datang, serious agak mencabar kekuatan. Kaki kena sentiasa melangkah untuk memudahkan urusan sementara ayah dalam bilik operation. Semoga ayah, mak dan keluarga dikurniakan kesihatan yang baik. Begitu juga dengan keluarga awak (tutup muka sikit). Kerja aku macam biasa, angkut beg ayah, beg fail, beg air. Sejuk tak payah cakap. Bila kau dah kenyang, cepat je lapar balik. Sebab apa? Ya. Sebab sejuk. Hahaha.

Dalam masa kita agak merasa lelah satu hari tu, maka Allah memperlihatkan kepada kita ragam-ragam manusia yang boleh menghiburkan hati. Supaya apa? Supaya kita tidak berterusan merasa penat tadi. Sayang kan Allah dekat hamba Dia? Walaupun kita tengok moment-moment tadi itu kecil nilainya.

Ya. Allah sangat sayang dekat hamba bernama manusia itu.

Dan sebanyak manapun dosa yang pernah kita lakukan, luas lagi pengampunan Tuhan buat hambaNya yang sentiasa bertaubat. Dah taubat tapi taktahu Allah ampunkan dosa kita ke tidak? Jawapannya, kena yakin.

Satu petikan daripada buku Tarbiah Sentap tulisan Ustaz Adnin Roslan.

"Seseorang telah bertanya kepada Rabiatul Adawiyah: 'Aku sering berbuat dosa dan aku menjadi semakin tidak taat. Tetapi andai aku bertaubat, adakah Allah akan mengampuniku?' Rabiatul Adawiyah menjawab: 'Tidak! Tetapi, apabila Allah ingin mengampunkan kau, maka kau akan bertaubat...'

Faham kan?

Maka, marilah kita melazimi istighfar dan taubat. Tak rugi. Malah tenang hati. :)

Dan satu hari di PPUM sangat berharga.