Thursday, 23 April 2020

#COVID19


*MasyaAllah berapa banyak kali nak ditiup habuk dekat blog ni*

Alhamdulillah untuk nikmat yang Tuhan berikan sehingga ke hari ini. Bersyukur. Maka Allah akan tambahkan lagi nikmat. Entri yang lepas adalah pada bulan April tahun 2019. Terus skip sehingga ke bulan April pada tahun berikutnya. Nampak tak betapa lama nak ambil mood menulis dekat sini? 😂

Tahun 2020 adalah realiti yang perlu diterima bukan sahaja pada aku, bukan sahaja pada satu negara ini bahkan satu dunia perlu terima hakikat yang terjadi. Untuk menyatakan ini adalah satu bala mahupun musibah, aku lebih suka untuk mengatakan ini adalah 'ujian.' Ini adalah ujian dari Tuhan. Iya, dan ini adalah ujian untuk kita semua dan kita mengharunginya bersama-sama. Satu dunia merasainya.

"COVID19."

Ianya bukanlah kereta terbang, bukan juga sejenis 'brand' terkenal pada tahun 2020 ini tetapi ianya adalah satu virus. Maka, yang terbang pada tahun 2020 ni bukanlah sejenis kereta ya gais, tetapi yang terbang itu adalah virus, ataupun dikenali sebagai Coronavirus. Virus ini berasal daripada Wuhan, China. Jika kita bertanya pada pakcik google, mesti berlambak berita dan 'kupasan' yang akan kita jumpa. Virus ini berjangkit lebih kurang macam influenza, melalui pernafasan contohnya seperti batuk dan bersin menurut pakcik google. Dan disebabkan virus ini tersebar ke serata dunia, maka kini keadaan negara-negara didunia ini mengalami sistem 'lockdown.' Ada negara yang telah mencecah beribu kematian.

Ya gais, jumlah kematian itu beribu. Macam mana sampai jadi beribu ni?

Antara sebabnya yang aku boleh katakan adalah kerana kerajaan tidak mengambil langkah awal untuk membendung perkara ini daripada menjadi lebih teruk dan 'mengganas.' Bukan itu sahaja, ada juga negara yang mempunyai sesetengah rakyat yang 'lebih bijak' daripada orang yang lebih pakar dalam perkara ini.

'Lebih bijak' yang aku maksudkan disini seperti contoh, ada lah satu negara ni. Kerajaan suruh duduk rumah dediam tapi depa pi buat protes dekat jalanan time-time covid ni. Yang paling kesian, nurse pun depa duk maki jugak. Kata depa duduk rumah ni bukan satu jalan yang terbaik. Weh, orang suruh duduk rumah sebab tak nak lagi ramai berjangkit! Ada pulak tu yang dah start balik pi pasar jual haiwan eksotik. Aihhhh aku kan dorang ni 😑😠 *sabar izz sabar jangan cakap apa-apa*

Alhamdulillah Malaysia mengambil langkah secepatnya sebaik sahaja dapat mengesan kes yang telah masuk ke dalam negara. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga telah diumumkan dan bermula pada 18 Mac selama 2 minggu pada asalnya. Ternyata virus ini bukan yang biasa-biasa. Dan arahan PKP juga pada asalnya tidak mudah untuk dilaksanakan. Wujud beberapa kluster yang mana ianya adalah satu gelaran untuk kes yang dapat dikesan (secara berkumpulan).

'Kuddos' kepada PM8, iaitu TSMY, DG Hisyam dan barisan frontliners. Tidak lupa juga kepada makcik dan pakcik yang sentiasa memastikan kebersihan di hospital 💓. 'Kuddos' juga kepada rakyat yang ikut arahan PKP untuk duduk di rumah! 👍

Sekarang PKP Fasa 4 gaisss. Dah masuk Ramadhan pun. Silap-silap raya pun masih PKP. Mungkin duit raya transfer online ataupun ditunda? 😂

Fasa awal PKP tu mula-mula aku pun macam, "okaylah setakat 2 minggu duduk rumah apa adehal kan?" Sekali hamekau, berminggu-minggu duduk rumah sampailah sebulan lebih. Selepas satu bulan baru dapat pegang stereng (sebab nak pergi ambil barang), itupun macam rasa janggal je nak drive. Wow lamanya tak drive!

Bayangkan ya, satu fasa itu merujuk kepada 2 minggu. Sekarang dah masuk fasa keempat. Kau rasa? Aku ni dah 3 fasa masih lagi belum rasa Dalgona yang viral tu kahkah tiberrr pulak muncul dalgona ni.

Sepanjang PKP ni pun ada undang-undang yang perlu rakyat ikut. Contohnya, hanya ketua keluarga dan seorang sahaja yang boleh keluar beli barang. Jarak tempat yang kita nak pergi dari rumah tu tak boleh lebih dari 10km. Kalau nak keluar bekerja pun, cuma ada sesetengah company je yang dibenarkan beroperasi. Yang lain tu Work From Home (WFH). Kalau duk keluar sesaja, kena tangkap, masuk lokap lah jawabnya. Huhu.

Sudah pastinya, untuk menang melawan virus ini mengambil masa yang agak lama bagi mendapatkan zero kematian secara berturut-turut. Semoga rakyat Malaysia dan negara lain dapat memberikan kerjasama yang terbaik supaya virus ini dapat kita hapuskan secara keseluruhannya. Semoga wabak ini dapat diangkat secepatnya. Aku dah rindu dengan semua orang. Aku yakin semua orang pun sama. Semoga Tuhan memberikan kesihatan dan menjaga kita. Ameen Ya Rabb!

#PKPFasa4
#KitaJagaKita
#RamadhanKareem