Monday, 23 November 2015

"Kau Nak Jadi Cikgu?"

*tiup habuk*






"Maybe lepas degree nanti kalau ada rezeki nak sambung ambil sijil perguruan. Kalau ada rezeki lain, InShaaAllah ambil master kot."

"Perguruan? Kenapa kau tak ambil awal-2 education weh? Rugi kot kalau nak ambil lepas degree. Rugi weh jadi cikgu, baik terus jadi lecturer."


****


Feedback bila aku beritahu tentang rancangan masa depan aku.

Tak semua orang tahu apa impian kita dan tak semua orang faham apa yang kita nak.

Aku bukan tak berusaha untuk ambil track untuk terus jadi cikgu. Macam mana entah nak cakap. Meh lah, nak cerita sikit.

Begini ceritanya...

Sebelum aku dapat tawaran ke Tingkatan 6, aku dapat panggilan interview untuk Diploma Perguruan Pendidikan Islam dekat KUIS. Dan aku lulus! Masa ustazah tu cakap aku lulus interview, tu first time aku menangis. Eh, bukan menangis. Tapi bergenang sikit sampai mak aku cakap, "Kelakar lah akak ni. Tu pun nak nangis. Hehe."

Then, surat tawaran Tingkatan 6 pulak datang. Masa tu aku kena buat pilihan. Lepas bermusyawarah dengan mak ayah, maka aku ambil keputusan untuk ke Tingkatan 6. Tapi tak lama. 3 bulan je.

Lepas tu, aku masuk International Islamic College dekat Gombak dalam kos Diploma In Islamic and Science Contemporary. Haaa kau contemporary tau~

Masa tu aku masih berkira-kira untuk tukar ke kos education ataupun tak. But lastly, aku pilih untuk stay dalam kos DIC tu. Tapi, itu pun tak lama dekat kolej. 2 minggu je.

Kemudian aku dapat panggilan daripada mak yang aku dapat tawaran ke Asasi UIA dalam bidang Islamic Revealed Knowledge atau dalam melayu-nya Ilmu Wahyu. Kebetulan masa tu mak ayah takde kat Malaysia. So, yang uruskan hal keluar kolej tu aku sendiri, dan selebihnya Nenek, Acik Hassan dan Makcik Salina yang uruskan untuk masuk UIA.

Berpindah-randah.

Dan akhirnya aku meneruskan pengajian dalam bidang Ilmu Wahyu di Pusat Asasi UIA di Petaling Jaya. Daripada 2 tahun pengajian, alhamdulillah aku dapat singkatkan menjadi setahun setengah.

Dan sekarang aku disini.

Main Campus IIUM Gombak in Bachelor Usuluddin & Comparative Religion.

Then, mana education?

Education = Pendidikan.

Ini yang aku nak cerita. Hahaha punya panjang cerita dekat atas tadi, ni baru nak start cerita 'kenapa'?

Di antara education dengan usuluddin, minat aku lebih cenderung untuk mendalami usuluddin berbanding kos education.

Tapi education masih ada dalam list perancangan.

Bila orang tanya aku nak jadi apa nanti? Aku tetap akan jawab aku nak jadi cikgu. Tapi kalau nenek aku tanya, aku akan jawab nak jadi lecturer. Hahahahaha. 

Ataupun mungkin aku tak akan amik education, tapi tak semestinya kalau takde sijil education tu tak boleh mengajar. Kan?

Mendidik tetap mendidik.

Ajar budak mengaji pun dikira education jugak. Jadi fasilitator untuk adik-adik pun dikira mendidik jugak. Luas skop mendidik sebenarnya ni.

Pernah aku cakap aku nak jadi guru KAFA. Tahu apa yang aku dapat?

'Bukan gaji sikit ke?'

Tetiba rasa panas hati. Hahah. Masa kekecik dulu siapa ajar alif ba ta, ajar solat kalau bukan guru KAFA yang didik kau untuk tahu benda-benda tu? Then sekarang kau nak persoalkan gaji asatizah kau? Asatizah kau pun tak bising pasal benda ni, kau pulak nak bising.

Maaf-lah. Mungkin sebab darah pendidik ada dalam diri aku. Tu macam panas sikit bila orang kritik pasal pendidik ni. Hahahah ayat poyo.

Semua bukan pasal gaji semata-mata. Tapi ada sesuatu yang menjadi target utama mereka dalam kehidupan seorang pendidik.

Manusia.

Kalau nak ikutkan apa kata manusia, kau takkan boleh bergerak. Dalam banyak-2 kata manusia tu, ambil lah yang mana boleh menguatkan semangat, yang mana boleh membina kekuatan.

Yang melemahkan semangat tu, letak jauh ke tepi.

Rancangan hidup kita, orang tak perlu faham. Bak kata pensyarah aku;

"Kadang-kadang kita akan jadi seseorang yang kita sendiri tak sangka kita jadi seperti tu. Mungkin dulu kita rasa mustahil, tapi tak ada yang mustahil jika kita terus berusaha."

Haa gitu~

Rasanya cukup sampai sini. Apa yang aku nak sampaikan sebenarnya, jangan mengkritik sesuatu kerjaya kalau kau tak memahami tentangnya. Dan setiap orang ada rancangan kehidupannya sendiri. Yang kau perlu buat, bagi sokongan. Bukan mengkritik hebat.

Jadi apa yang kau nak jadi. Struggle for it even susah mana sekalipun.

Kerana setiap usaha walaupun kecil, pasti akan terselit satu kejayaan.

Semoga berjaya.

:)

*Maaf sekiranya ada terkasar kata tersilap bahasa.*



Tuesday, 23 June 2015

Insomnia?

Bismillah.

Entri kali ni aku suka untuk bercerita tentang insomnia. Perghh nama penyakit ke tu?



Kalau aku kata penyakit, seram tak? Hahaha. Ya, salah satu penyakit-- susah tidur pada waktu kebiasaan orang lain tidur.

Sejak kebelakangan ni, aku pun ada simptom ni. *ceyh simptom kemmain.

Semuanya bermula lepas aku habis asasi. Kalau dekat kampus paling lambat aku tidur pukul 2 pagi lebih kurang macam tu lah.

Tapi bila sampai rumah, melarat jadinya. Risau jugak lah sebenarnya sebab ada kesan sampingan. Yang aku tahu kesan buruk insomnia untuk students adalah akan menyebabkan kurang fokus dalam kelas dan susah kasi respon.

Antara sebab terjadinya insomnia ni sebab salah satu-nya waktu tidur kita berubah. Dan ada satu hari ni, aku belek-belek satu majalah then tiba-tiba ada info tentang insomnia ni.

Antara sebab lain insomnia;

1. Tekanan- seseorang mengalami tekanan dalam urusan seharian. Terlalu banyak berfikir dan sebagainya sehingga terbawa ke waktu tidur.

2. Pengambilan Kafein- minum nescafe/kopi satu jam sebelum tidur menyebabkan korang akan susah tidur.

3. Terlalu takut- maybe korang takut akan 'sesuatu' sampaikan korang rasa bimbang untuk tidur. Tak payah cakap kot benda apa. Korang mesti tahu dah... *hehe

4. Gangguan- yang ni maybe gangguan dari bunyi, cahaya lampu dan sebagainya yang mengganggu konsentrasi korang untuk terus tidur.

So, kalau korang mengalami insomnia, mana satu penyebab-nya?

Kalau macam aku, dulu kurang insomnia ni dan aku jarang ambil kafein sebelum tidur. Tapi sebab ada something happened to me yang menyebabkan aku tidur kena bukak lampu. Sampaikan bunyi plastik pun aku senang terganggu. Bunyi ala-2 guli bergerak pun lagi lah aiseymaaan. Then, cahaya lampu tu lagi lah mengganggu sebenarnya. Hahaha.

Dan selalunya yang tolong tutupkan lampu adalah mak aku. :)

Sebenarnya ada je cara untuk kurangkan insomnia ni. Yang penting jangan nak mengada makan pil tidur! Bahaya tahu!

Cara yang aku tahu salah-satunya;

1. Sebelum tidur, macam biasa lah baca apa yang patut.

2. Jangan berfikir/berkhayal sebelum tidur.

3. Mindset tidur awal bangun awal.

4. Jangan tidur lepas asar dan sebelum maghrib.

5. Jangan minum kafein sebelum tidur.

6. Minum air lemon.

Untuk students macam kita, memang tak lari dari penyakit susah tidur ni. Yang ni aku pun mengaku jugak. Selagi asssignment tak settle, perghhh seksa kaaan kalau dalam kepala dah fikir nak tidur.

Well said, apa-apa pun kesihatan kena jaga okay ?

Kalau korang yang jenis keturunan ada migrain, lagi-lah kena cukup tidur. Kalau tak nanti bila dah datang migrain, kang ada jugak yang kata rasa macam nak pecah kepala. Hah, siapa suruh tak jaga tidur kan? Hahaha.

By the way, sayangi-lah diri anda. Ingat-lah orang yang tersayang. *ada kaitan tak?

Semoga berjaya!

Monday, 8 June 2015

Kem Remaja Super 2.0

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.



Selesai sudah tugas sebagai seorang fasilitator kepada adik-adik Kem Remaja Super 2.0 di Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara.

Kali ini kami bukan ber-enam daripada kalangan fasilitator muslimat, tapi hanya berdua.

Aku dan Insyirah.

Pengalaman selama 3 hari 2 malam memang sangat memberi 'ibrah dan mampu membuka minda manusia seperti aku untuk menerima perbezaan background setiap adik-adik kem ni.

Ya. Didikan kita semua tak sama.

Tapi kita mampu jika kita mahu berubah,
Kita mampu untuk keluar dari kepompong jahiliyah,
Kita mampu untuk terus melangkah dengan tabah.

Kita mampu-- jika kita mahu.

Suka untuk aku kongsikan kata-kata Abang Azhar yang juga merupakan fasilitator dalam kem tersebut;

"Sebaik-baik manusia yang berdosa adalah mereka yang bertaubat."

Tidak mengapa jika sebelum ini kita 'ber-dosa', kerana sememangnya manusia itu tidak pernah terlepas dari dosa.

Sepatutnya, manusia itu sentiasa melazimi taubat. Aku ulang;

MELAZIMI TAUBAT.

Bukan bila buat dosa, baru nak taubat. Kan?

Berubah kepada kebaikan itu bukan hipokrit. Bukan. Tapi itu-- penghijrahan. :)

----

Hari kedua, kami keluar dari kawasan masjid. Berjalan-jalan ke Sungai Pisang di Gombak dan seterusnya singgah di Muzium Orang Asli.

Ada apa dekat Sungai Pisang? -- Waterfall.

Budak-budak ni eksaited sungguh. Hahaha. Yang paling seronok, nak hiking naik air terjun tu, langsung tak buat stretching! Hebat tak hebat tu.

Aku dengan Insyirah termengah-mengah naik padahal tak de lah tinggi sangat bukit tu.

Seriously memang penat rasa macam.... 'Arghhh bila nak sampai ni?'

Tapi aku tengok budak-budak ni steady je. Leks je. Apehal?

Maybe sebab diorang awal-awal dah aim nak sampai air terjun nak mandi. Tu yang diorang terus berjalan. Penat langsung dilupakan.

Aku tak dengar perkataan 'penat' dari mulut diorang.

Suka untuk aku kongsi-kan analogi yang aku dan insyi discuss lepas balik daripada hiking.

"Budak-budak ni rileks masa hiking okay first sebab ada air terjun. Second, diorang eksaited nak sampai atas cepat. Walaupun aku tau, sebenarnya diorang penat masa hiking. Naaa macam tu jugak diibaratkan kita yang manusia ni dekat dunia.

Cuba bayangkan air terjun tu syurga. Dan jalan masa nak naik atas tu ibarat mehnah-- ujian. Kita aim syurga dekat sana. Tapi syaratnya kita kena lalu dulu ujian dekat dunia. Penat memang penat.

Tapi cuba tengok budak-budak tu, sampai terjun jer... pergh! seronok kemmain. Cuba bayangkan kita sampai syurga nanti, kita pun akan seronok macam tu. Mungkin lebih seronok lagi dari main air terjun. Hahahaha."

Pergh. Analogi dia.

Sepanjang hiking, subhanallah. Memang best ah tengok hijaaaauuu jer semua. Sungai dia.... speechless best ouhh sejuk!

Teringat perkongsian daripada Abang Hakim;

"Nikmat Allah itu luas, walaupun kita susah."

Ouh ya, teringat pulak aku ada seorang ni tanya bila kitorang singgah masjid di UIA Gombak.

"Akak, ni sekolah apa?" Aku sabar je tahan gelak. Nasib baik aku tak terjatuh tangga.

"Dik, ni bukan sekolah. Ni universiti namanya." Hahaha.

Soalan diorang ni kadang-2 boleh buat aku gelak ah.

----

Malam tu, kami buat sesi muhasabah.

Kumpulan aku dan kumpulan Insyi bergabung. Sebab...

Aaaaa sebab siang tu ada benda tak settle antara dorang. Ada yang tak puas hati, ada yang memendam rasa. Hahaha.

Malam tu memang terbongkar ah. Dan alhamdulillah, lepas 'sesi luahan' tu, semua boleh gelak-gelak.

Dan berulang kali mereka tanya.

"Akak, akhir tahun ni ada lagi tak?"-- sengih

Aku tanya balik,

"Kalau ada lagi, korang nak datang lagi?"

Nah, diorang mengangguk! :)

----

Ahh, jangan kata aku rindu dengan budak-budak ni. Hahahaha.-- taknak ngaku.

InShaaAllah adik-adik KRS, ada masa ada jodoh kita ketemu lagi.

Jaga diri, jaga hati, jaga iman.

Dan jaga-jaga ehh kalau nakal! Hahaha.

---

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" Surah Ar-Rahman : ayat 13


Tuesday, 2 June 2015

Cubitan Sayang

*klik!*

Amboi laju je klik noh. Hahaha.

Fisrt of all, assif jiddan sebab lama dah tak update. Takde idea satu, satu lagi sibuk menguruskan kehidupan seharian. Ecewah. Konon sibuk. Padahal...

Okay, actually nak tanya lah kan, pernah tak cubit orang?

 Apa rasanya eh? Seronok ke? Erm, apa pulak perasaan orang yang -- dicubit? Cuba cubit diri sendiri? Terasa seronok or terasa sakit?  Hahaha.

Apa lah kita cerita pasal cubit-cubitan ni alahai.

Kadang-kadang, ada kawan kita yang duk termenung. Entah apa yang dimenungkan pun kita tak tahu. Panggil nama banyak kali  pun tak pandang. Khusyuk dengan dunianya sendiri.

Last sekali kita buat apa? Kita kasi cubit sama dia. Haha. Biar dia sedar ke alam realiti. Kan?

Aku dulu ada sorang kawan time sekolah rendah. Kerjanya cubit ooooorang je. Kau termenung ke, buat kelakar ke, marah ke, dia memang akan cubit kau. Takde spesifik cubitan dia untuk situasi apa. Sepanjang situasi, memang tu 'senjata' dia.

Aku tak tahu lah kalau ada budak comel ke apa, dia cubit ke tak. Mesti menangis rasanya, kan? Sebab cubit dia memang sakit woah jangan memain. Hahaha.

Actually terlintas dekat minda aku tentang tajuk entri kali ni adalah kerana....

Jeng... jeng... jeng...

Lepas aku terbaca caption seorang hamba Allah dekat instagram ni. Tak payah kot rasanya untuk aku beritahu siapakah gerangan manusia itu. Rasanya dia pun tak nak dikenali.

Tapi setiap susunan ayat dia memang menusuk. Padu baqhang! Seriously tak tipu okay. Bukan aku maksudkan sentap, tak bukan.

Ayat-ayat dia memang berhemah dan berhikmah. Aaaaa gittew. Siapa nak follow instagram dia boleh, tapi aku tak nak mention kat sini. Boleh direct pm aku eh, aku kasitau nanti. Cewah poyo.

Membebel je, point sebenar tak sampai lagi.



--- Cubitan Sayang.

Yang aku maksudkan adalah Cubitan Sayang dari Dia. Siapa Dia?

'Eh kau, jangan pusing-pusing lah. Straight to the point boleh tak?'

Sabar beb sabar. Assobru minal...? Minal...?

Na'am mumtaz!

Assobru minal imaan.

Sebenarnya suka untuk aku kaitkan tajuk ni dengan mehnah -- ujian. Kehidupan manusia itu memang tak lari daripada ujian. Mesti akan ada punya. Mana ada manusia yang hidup senang tanpa ujian. Nabi Muhammad SAW pun ada ujian dia. Kita? Apatah lagi...

Ujian kita adakalanya mungkin nampak sama dan hampir sama, tapi berbeza sebenarnya. Bezanya adalah bagaimana kita pandang sesuatu ujian tu. Adakah dengan keluhan atau dengan ketabahan? Kesabaran?

Pernah atau tidak, ada satu ketika kita berada di atas. Okay contoh, kita dulu-dulu selalu dapat number satu dalam kelas. Lama-lama, dah turun 'pangkat'. Mungkin number 5 or turun lagi.

Then, macam mana kita nak up-kan semula prestasi kita? Masa kita dapat tahu turun 'pangkat', mesti sedih giler kan? Nanti tak dapat naik pentas amik hadiah. Hehehe. Itu lah ujian kita.

Contoh lain, masa hidup dekat kampus.

Kita ni biasalah manusia, ( ayat biasa aku ) mesti kadang-kadang lupa. Yelah, nama pun manusia. Pelupa. Kemain semangat buat assignment. Nak-nak pulak tu, dalam sehari boleh siap. Tiba-tiba dah buat separuh, blackout! Ataupun laptop habis battery. Aaaaaa, sudah!

Habis hilang semua. Menangis. -- ujian.

Rasa macam, 'arghh kenapa lah kau nak mati time-time macam ni bumblebee?! ( nama laptop, comel kan )

'S**l ahh aduhhh...'

'Astaghfirullah, kenapalah aku lupa nak save awal-awal tadi.'

Hah, mana satu reaksi kita agak-agak?

Itu lah 'pandangan' ataupun reaksi kita masa terima ujian. Dan itu jugaklah sebenarnya cubitan sayang daripada Allah.

Allah baru uji sikit, kau dah melenting tak tentu pasal. Kau siapa nak marah-marah? Lagi satu, kau marah dekat siapa -- sebenarnya?

Rileks sudaah.

Cuba biasakan diri dengan perkara positif. Allah cuit sikit hek elleh macam kau tu hebat sangat nak salahkan orang lain nak salahkan takdir. Bukan nak salahkan diri sendiri. Allah nak tengok reaksi kita je sebenarnya.

Dekat situ-lah terletaknya tinggi mana iman dalam diri kita.

Tinggi ke rendah ke, or makin menurun ke? Kita tak tahu, kan?

Ada setengah orang, Allah uji dengan orang yang dia sayang. Mungkin Allah ambil orang yang dia sayang. Ouhh mesti sedih! Sangat! Aku tak sanggup.

Tapi, tengok macam mana dia terima ujian dan keadaan tu?

"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." - Surah AsSyarh

Dua kali Allah dah kata dalam Quran tentang ayat ini. Janji Allah itu pasti. Mengapa mesti kau meragui?

Sudah-sudah lah kita salahkan takdir, salahkan orang lain. Sudah-sudah lah.

Allah dah rancang baik, elok-elok perjalanan hidup kita. Kita cuma perlu lalui je. Terpulang pada kita mahu guna cara apa untuk tempuh, tapi biarlah dengan cara 'sibghatullah.'

*apekebenda tu weh?

"Wa man ahsanu minallahi sibghah...." -- Dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada celupan Allah.

Dan method manakah yang lebih baik daripada method yang telah dibuat Allah? Ahha, macam tak faham lagi je kan. Okay aku kasi contoh.

Pernah stress?

Kalau stress selalu buat apa?

Setengah orang, dia ambil wudhuk, mengadu kat Tuan dia dalam solat.

Setengah orang, dia pergi clubbing. Konon hilang stress.

Okay, 2 situasi yang berbeza. Mana satu cara dengan celupan Allah? *boleh nilai sendiri.

Naaa, seseorang yang telah berikrar dengan syahadah, automatik dia bertanggungjawab melaksanakan semua perintahNya dan meninggalkan laranganNya.

"Masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan..."

See? Agama tak boleh ambil separuh. Kena ambil semua. Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua. Okay?

Pesan pada diri, walau apa yang terjadi, pasti ada hikmah di-sebalik semua ini. Yakin saja. Allah takkan  kasi ujian yang kita sendiri tak mampu. Ujian itu tanda cinta, tahu?

*senyum sikit*

 Hikmah jangan dicari, cukup hanya dengan merasai.

-- pergh! Panjang jugak aku 'bercakap'. Hahaha. Biasalah perempuan. *kaitan tak? InShaaAllah moga-moga kita tabah dan sabar dalam semua perkara. Okay?

Keep praying and keep strong. Assalamualaikum. :)








Sunday, 11 January 2015

Kebencian Itu Makin Menggunung.

Bismillahirrahmanirrahim.

Konsert apa entah yang gila sangat sampai gadis-2 melayu yang beragama Islam rela diri mereka diperlakukan sebegitu? Haihh. Tercalar maruah muslimah lain.

------

Disaat 'dunia kita' masih belum reda dengan ujian Allah, datang pula 'muqaddimah' bala dari sang pemuda-pemudi yang masih tidak sedar diri.

Kesusahan saudara-2 nya yang lain dilupakan, dirinya pula sibuk mengisi 'kerakusan nafsu' dunia yang jahanam.

Apa istimewa sangat si jantan korea tu wahai wanita-2 'Islam' sekalian? Nak kata muslimah, macam tak berapa nak muslimah sangat pakaian-nya. *sorry agak kasar.

Jelas, pakaian mereka tidak mampu menghalang maksiat yang mereka lakukan. Namun, jangan disalahkan tudung yang menutupi, tetapi salahkan hati yang tidak pandai diurus.

Kau merelakan diri diperlakukan seperti 'perempuan murahan'. Pasti, jika perkara itu dilakukan oleh masyarakat sendiri, sudah tentunya kau berlari-2 membuat report polis. Kata dirimu dicabul. Sedangkan pada hakikatnya kau sendiri yang 'menjemput' punca.

Nah, sekarang kau yang datang dengan rela. Dan kau akan tanggung perlakuan itu hatta seluruh keturunan kau akan mendapat 'nama' daripada apa yang telah terjadi.

TAHNIAH!

Sungguh aku puji kerana 'berani.'

Berani mengaibkan agama-mu sendiri.
Berani memalukan ibu bapa dan kaum-kerabatmu.
Berani menconteng arang ke muka kami sebagai seorang wanita Islam yang berhijab.
Dan kau ter-lebih berani membuat 'onar' dalam kehidupan kau.

Ya. Mungkin kalian akan kata,

"Tak semua artis korea macam tu."

Masih menegakkan benang yang basah? Weh, terang-terang lah diorang buat benda mungkar, even pegang tangan pon berdosa kot!

"Biasalah tu drama, movie, lagu.. Alaa kita kena-lah faham. Diorang kan bukan Islam."

Itu bermaksud diorang kafir. For sure, kalian lebih tahu. Itu ke 'hiburan hidup' kalian selama ini? Agak-2 setelah beberapa orang 'gadis-2 melayu' telah 'dikorbankan', masih sokong lagi?

Aku tak kata tak boleh minat langsung. Tapi kalau hati dan akal semua nak dikuasai dengan bayangan 'kehenseman' laki-2 korea tu, baik tak payah lah.

Konfem, jauh daripada Allah kot!

"Yang kapel pegang-2 tangan taknak pulak kutuk."

Weh, dosa tetap dosa. Kenapa nak tuding jari dekat orang? Kenapa nak buat jugak dosa yang macam orang lain buat?

Bawa-2 lah bertaubat. Masa dah tak banyak. Kalau kau yakin dan pasti umur kau panjang sampai beratus-2 tahun, terpulanglah.

SEJUTA TAHNIAH diucapkan kepada rakyat Malaysia yang masih 'sensitif' dengan isu ni. Itu bermakna hati dan iman anda masih berfungsi.
*tepuk tangan sikit, ucap Alhamdulillah :)

Pemuda pemudi Islam yang lain, selagi ada kudrat, tarik seberapa yang boleh. Panah hati mereka. Tak dapat semua, sikit pun jadi. Yang penting kualiti pemuda-pemudi, bukan kuantiti semata. If you know what I mean. Eheh.

To KPOPERS,

Banyak lagi idola lain yang boleh dibanggakan selain laki-2 korea tu. Udah-2 lah. Tapi kalau rasa macam iman semakin bertambah dengan minat kpop tu, takpelah.. Teruskan. Itupun kalau semakin bertambah....

Sekian. Maaf.