Tuesday, 23 June 2015

Insomnia?

Bismillah.

Entri kali ni aku suka untuk bercerita tentang insomnia. Perghh nama penyakit ke tu?



Kalau aku kata penyakit, seram tak? Hahaha. Ya, salah satu penyakit-- susah tidur pada waktu kebiasaan orang lain tidur.

Sejak kebelakangan ni, aku pun ada simptom ni. *ceyh simptom kemmain.

Semuanya bermula lepas aku habis asasi. Kalau dekat kampus paling lambat aku tidur pukul 2 pagi lebih kurang macam tu lah.

Tapi bila sampai rumah, melarat jadinya. Risau jugak lah sebenarnya sebab ada kesan sampingan. Yang aku tahu kesan buruk insomnia untuk students adalah akan menyebabkan kurang fokus dalam kelas dan susah kasi respon.

Antara sebab terjadinya insomnia ni sebab salah satu-nya waktu tidur kita berubah. Dan ada satu hari ni, aku belek-belek satu majalah then tiba-tiba ada info tentang insomnia ni.

Antara sebab lain insomnia;

1. Tekanan- seseorang mengalami tekanan dalam urusan seharian. Terlalu banyak berfikir dan sebagainya sehingga terbawa ke waktu tidur.

2. Pengambilan Kafein- minum nescafe/kopi satu jam sebelum tidur menyebabkan korang akan susah tidur.

3. Terlalu takut- maybe korang takut akan 'sesuatu' sampaikan korang rasa bimbang untuk tidur. Tak payah cakap kot benda apa. Korang mesti tahu dah... *hehe

4. Gangguan- yang ni maybe gangguan dari bunyi, cahaya lampu dan sebagainya yang mengganggu konsentrasi korang untuk terus tidur.

So, kalau korang mengalami insomnia, mana satu penyebab-nya?

Kalau macam aku, dulu kurang insomnia ni dan aku jarang ambil kafein sebelum tidur. Tapi sebab ada something happened to me yang menyebabkan aku tidur kena bukak lampu. Sampaikan bunyi plastik pun aku senang terganggu. Bunyi ala-2 guli bergerak pun lagi lah aiseymaaan. Then, cahaya lampu tu lagi lah mengganggu sebenarnya. Hahaha.

Dan selalunya yang tolong tutupkan lampu adalah mak aku. :)

Sebenarnya ada je cara untuk kurangkan insomnia ni. Yang penting jangan nak mengada makan pil tidur! Bahaya tahu!

Cara yang aku tahu salah-satunya;

1. Sebelum tidur, macam biasa lah baca apa yang patut.

2. Jangan berfikir/berkhayal sebelum tidur.

3. Mindset tidur awal bangun awal.

4. Jangan tidur lepas asar dan sebelum maghrib.

5. Jangan minum kafein sebelum tidur.

6. Minum air lemon.

Untuk students macam kita, memang tak lari dari penyakit susah tidur ni. Yang ni aku pun mengaku jugak. Selagi asssignment tak settle, perghhh seksa kaaan kalau dalam kepala dah fikir nak tidur.

Well said, apa-apa pun kesihatan kena jaga okay ?

Kalau korang yang jenis keturunan ada migrain, lagi-lah kena cukup tidur. Kalau tak nanti bila dah datang migrain, kang ada jugak yang kata rasa macam nak pecah kepala. Hah, siapa suruh tak jaga tidur kan? Hahaha.

By the way, sayangi-lah diri anda. Ingat-lah orang yang tersayang. *ada kaitan tak?

Semoga berjaya!

Monday, 8 June 2015

Kem Remaja Super 2.0

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.



Selesai sudah tugas sebagai seorang fasilitator kepada adik-adik Kem Remaja Super 2.0 di Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara.

Kali ini kami bukan ber-enam daripada kalangan fasilitator muslimat, tapi hanya berdua.

Aku dan Insyirah.

Pengalaman selama 3 hari 2 malam memang sangat memberi 'ibrah dan mampu membuka minda manusia seperti aku untuk menerima perbezaan background setiap adik-adik kem ni.

Ya. Didikan kita semua tak sama.

Tapi kita mampu jika kita mahu berubah,
Kita mampu untuk keluar dari kepompong jahiliyah,
Kita mampu untuk terus melangkah dengan tabah.

Kita mampu-- jika kita mahu.

Suka untuk aku kongsikan kata-kata Abang Azhar yang juga merupakan fasilitator dalam kem tersebut;

"Sebaik-baik manusia yang berdosa adalah mereka yang bertaubat."

Tidak mengapa jika sebelum ini kita 'ber-dosa', kerana sememangnya manusia itu tidak pernah terlepas dari dosa.

Sepatutnya, manusia itu sentiasa melazimi taubat. Aku ulang;

MELAZIMI TAUBAT.

Bukan bila buat dosa, baru nak taubat. Kan?

Berubah kepada kebaikan itu bukan hipokrit. Bukan. Tapi itu-- penghijrahan. :)

----

Hari kedua, kami keluar dari kawasan masjid. Berjalan-jalan ke Sungai Pisang di Gombak dan seterusnya singgah di Muzium Orang Asli.

Ada apa dekat Sungai Pisang? -- Waterfall.

Budak-budak ni eksaited sungguh. Hahaha. Yang paling seronok, nak hiking naik air terjun tu, langsung tak buat stretching! Hebat tak hebat tu.

Aku dengan Insyirah termengah-mengah naik padahal tak de lah tinggi sangat bukit tu.

Seriously memang penat rasa macam.... 'Arghhh bila nak sampai ni?'

Tapi aku tengok budak-budak ni steady je. Leks je. Apehal?

Maybe sebab diorang awal-awal dah aim nak sampai air terjun nak mandi. Tu yang diorang terus berjalan. Penat langsung dilupakan.

Aku tak dengar perkataan 'penat' dari mulut diorang.

Suka untuk aku kongsi-kan analogi yang aku dan insyi discuss lepas balik daripada hiking.

"Budak-budak ni rileks masa hiking okay first sebab ada air terjun. Second, diorang eksaited nak sampai atas cepat. Walaupun aku tau, sebenarnya diorang penat masa hiking. Naaa macam tu jugak diibaratkan kita yang manusia ni dekat dunia.

Cuba bayangkan air terjun tu syurga. Dan jalan masa nak naik atas tu ibarat mehnah-- ujian. Kita aim syurga dekat sana. Tapi syaratnya kita kena lalu dulu ujian dekat dunia. Penat memang penat.

Tapi cuba tengok budak-budak tu, sampai terjun jer... pergh! seronok kemmain. Cuba bayangkan kita sampai syurga nanti, kita pun akan seronok macam tu. Mungkin lebih seronok lagi dari main air terjun. Hahahaha."

Pergh. Analogi dia.

Sepanjang hiking, subhanallah. Memang best ah tengok hijaaaauuu jer semua. Sungai dia.... speechless best ouhh sejuk!

Teringat perkongsian daripada Abang Hakim;

"Nikmat Allah itu luas, walaupun kita susah."

Ouh ya, teringat pulak aku ada seorang ni tanya bila kitorang singgah masjid di UIA Gombak.

"Akak, ni sekolah apa?" Aku sabar je tahan gelak. Nasib baik aku tak terjatuh tangga.

"Dik, ni bukan sekolah. Ni universiti namanya." Hahaha.

Soalan diorang ni kadang-2 boleh buat aku gelak ah.

----

Malam tu, kami buat sesi muhasabah.

Kumpulan aku dan kumpulan Insyi bergabung. Sebab...

Aaaaa sebab siang tu ada benda tak settle antara dorang. Ada yang tak puas hati, ada yang memendam rasa. Hahaha.

Malam tu memang terbongkar ah. Dan alhamdulillah, lepas 'sesi luahan' tu, semua boleh gelak-gelak.

Dan berulang kali mereka tanya.

"Akak, akhir tahun ni ada lagi tak?"-- sengih

Aku tanya balik,

"Kalau ada lagi, korang nak datang lagi?"

Nah, diorang mengangguk! :)

----

Ahh, jangan kata aku rindu dengan budak-budak ni. Hahahaha.-- taknak ngaku.

InShaaAllah adik-adik KRS, ada masa ada jodoh kita ketemu lagi.

Jaga diri, jaga hati, jaga iman.

Dan jaga-jaga ehh kalau nakal! Hahaha.

---

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" Surah Ar-Rahman : ayat 13


Tuesday, 2 June 2015

Cubitan Sayang

*klik!*

Amboi laju je klik noh. Hahaha.

Fisrt of all, assif jiddan sebab lama dah tak update. Takde idea satu, satu lagi sibuk menguruskan kehidupan seharian. Ecewah. Konon sibuk. Padahal...

Okay, actually nak tanya lah kan, pernah tak cubit orang?

 Apa rasanya eh? Seronok ke? Erm, apa pulak perasaan orang yang -- dicubit? Cuba cubit diri sendiri? Terasa seronok or terasa sakit?  Hahaha.

Apa lah kita cerita pasal cubit-cubitan ni alahai.

Kadang-kadang, ada kawan kita yang duk termenung. Entah apa yang dimenungkan pun kita tak tahu. Panggil nama banyak kali  pun tak pandang. Khusyuk dengan dunianya sendiri.

Last sekali kita buat apa? Kita kasi cubit sama dia. Haha. Biar dia sedar ke alam realiti. Kan?

Aku dulu ada sorang kawan time sekolah rendah. Kerjanya cubit ooooorang je. Kau termenung ke, buat kelakar ke, marah ke, dia memang akan cubit kau. Takde spesifik cubitan dia untuk situasi apa. Sepanjang situasi, memang tu 'senjata' dia.

Aku tak tahu lah kalau ada budak comel ke apa, dia cubit ke tak. Mesti menangis rasanya, kan? Sebab cubit dia memang sakit woah jangan memain. Hahaha.

Actually terlintas dekat minda aku tentang tajuk entri kali ni adalah kerana....

Jeng... jeng... jeng...

Lepas aku terbaca caption seorang hamba Allah dekat instagram ni. Tak payah kot rasanya untuk aku beritahu siapakah gerangan manusia itu. Rasanya dia pun tak nak dikenali.

Tapi setiap susunan ayat dia memang menusuk. Padu baqhang! Seriously tak tipu okay. Bukan aku maksudkan sentap, tak bukan.

Ayat-ayat dia memang berhemah dan berhikmah. Aaaaa gittew. Siapa nak follow instagram dia boleh, tapi aku tak nak mention kat sini. Boleh direct pm aku eh, aku kasitau nanti. Cewah poyo.

Membebel je, point sebenar tak sampai lagi.



--- Cubitan Sayang.

Yang aku maksudkan adalah Cubitan Sayang dari Dia. Siapa Dia?

'Eh kau, jangan pusing-pusing lah. Straight to the point boleh tak?'

Sabar beb sabar. Assobru minal...? Minal...?

Na'am mumtaz!

Assobru minal imaan.

Sebenarnya suka untuk aku kaitkan tajuk ni dengan mehnah -- ujian. Kehidupan manusia itu memang tak lari daripada ujian. Mesti akan ada punya. Mana ada manusia yang hidup senang tanpa ujian. Nabi Muhammad SAW pun ada ujian dia. Kita? Apatah lagi...

Ujian kita adakalanya mungkin nampak sama dan hampir sama, tapi berbeza sebenarnya. Bezanya adalah bagaimana kita pandang sesuatu ujian tu. Adakah dengan keluhan atau dengan ketabahan? Kesabaran?

Pernah atau tidak, ada satu ketika kita berada di atas. Okay contoh, kita dulu-dulu selalu dapat number satu dalam kelas. Lama-lama, dah turun 'pangkat'. Mungkin number 5 or turun lagi.

Then, macam mana kita nak up-kan semula prestasi kita? Masa kita dapat tahu turun 'pangkat', mesti sedih giler kan? Nanti tak dapat naik pentas amik hadiah. Hehehe. Itu lah ujian kita.

Contoh lain, masa hidup dekat kampus.

Kita ni biasalah manusia, ( ayat biasa aku ) mesti kadang-kadang lupa. Yelah, nama pun manusia. Pelupa. Kemain semangat buat assignment. Nak-nak pulak tu, dalam sehari boleh siap. Tiba-tiba dah buat separuh, blackout! Ataupun laptop habis battery. Aaaaaa, sudah!

Habis hilang semua. Menangis. -- ujian.

Rasa macam, 'arghh kenapa lah kau nak mati time-time macam ni bumblebee?! ( nama laptop, comel kan )

'S**l ahh aduhhh...'

'Astaghfirullah, kenapalah aku lupa nak save awal-awal tadi.'

Hah, mana satu reaksi kita agak-agak?

Itu lah 'pandangan' ataupun reaksi kita masa terima ujian. Dan itu jugaklah sebenarnya cubitan sayang daripada Allah.

Allah baru uji sikit, kau dah melenting tak tentu pasal. Kau siapa nak marah-marah? Lagi satu, kau marah dekat siapa -- sebenarnya?

Rileks sudaah.

Cuba biasakan diri dengan perkara positif. Allah cuit sikit hek elleh macam kau tu hebat sangat nak salahkan orang lain nak salahkan takdir. Bukan nak salahkan diri sendiri. Allah nak tengok reaksi kita je sebenarnya.

Dekat situ-lah terletaknya tinggi mana iman dalam diri kita.

Tinggi ke rendah ke, or makin menurun ke? Kita tak tahu, kan?

Ada setengah orang, Allah uji dengan orang yang dia sayang. Mungkin Allah ambil orang yang dia sayang. Ouhh mesti sedih! Sangat! Aku tak sanggup.

Tapi, tengok macam mana dia terima ujian dan keadaan tu?

"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." - Surah AsSyarh

Dua kali Allah dah kata dalam Quran tentang ayat ini. Janji Allah itu pasti. Mengapa mesti kau meragui?

Sudah-sudah lah kita salahkan takdir, salahkan orang lain. Sudah-sudah lah.

Allah dah rancang baik, elok-elok perjalanan hidup kita. Kita cuma perlu lalui je. Terpulang pada kita mahu guna cara apa untuk tempuh, tapi biarlah dengan cara 'sibghatullah.'

*apekebenda tu weh?

"Wa man ahsanu minallahi sibghah...." -- Dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada celupan Allah.

Dan method manakah yang lebih baik daripada method yang telah dibuat Allah? Ahha, macam tak faham lagi je kan. Okay aku kasi contoh.

Pernah stress?

Kalau stress selalu buat apa?

Setengah orang, dia ambil wudhuk, mengadu kat Tuan dia dalam solat.

Setengah orang, dia pergi clubbing. Konon hilang stress.

Okay, 2 situasi yang berbeza. Mana satu cara dengan celupan Allah? *boleh nilai sendiri.

Naaa, seseorang yang telah berikrar dengan syahadah, automatik dia bertanggungjawab melaksanakan semua perintahNya dan meninggalkan laranganNya.

"Masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan..."

See? Agama tak boleh ambil separuh. Kena ambil semua. Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua. Okay?

Pesan pada diri, walau apa yang terjadi, pasti ada hikmah di-sebalik semua ini. Yakin saja. Allah takkan  kasi ujian yang kita sendiri tak mampu. Ujian itu tanda cinta, tahu?

*senyum sikit*

 Hikmah jangan dicari, cukup hanya dengan merasai.

-- pergh! Panjang jugak aku 'bercakap'. Hahaha. Biasalah perempuan. *kaitan tak? InShaaAllah moga-moga kita tabah dan sabar dalam semua perkara. Okay?

Keep praying and keep strong. Assalamualaikum. :)