Alhamdulillah. Baru ada masa nak update blog (padahal sebelum ni ada je masa tapi malas sangat, kah!) Kali ni aku nak cerita pasal internship aku masa bulan Jun sampai Ogos hari tu. Proses sebelum intern tu, aku ada apply dekat 3 company. Dua daripadanya adalah NGO (humanity) dan satu lagi company consultant. Aku diterima 2 company, NGO & Consultancy tu tapi disebabkan company NGO tu dekat lagi dengan rumah, elaun pun boleh tahan, so aku pilih untuk teruskan internship aku dekat situ.
Sebenarnya aku bukan main terima sebab dekat dengan rumah ataupun elaun, tapi disebalik tu aku ada simpan curiousity sejak sekian lama tentang NGO kemanusiaan ni, tak kira lah NGO apa sekalipun. Zahirnya, kita nampak gerak kerja mereka di lapangan je kan. Contohnya, program bantuan sana-sini, hantar misi ke Gaza dan sebagainya. Itu apa yang kita nampak. Jadi, aku nak tahu macam mana gerak kerja disebalik tabir tu.
Aku intern di MYCARE (before known as Aqsa Syarif). It's all about charity & humanity, tak kira bangsa dan agama (NGO lain pun sama jugaklah). Even pada zahirnya adalah sebuah institusi yang islamik, tapi dalam office ada seorang staff non-muslim tau haa aku memula masuk pun terkejut jugak bila supervisor bagitau aku. Tugas hakiki staff tu is to spread all the issue about war-country (Palestine/ Syria & etc) to non-muslim community and make them aware about it. Itu lah yang diberitahu kepada aku masa briefing memula masuk office.
Sentuh tentang isu Palestine ni, isu Palestine bukan isu umat Islam sahaja, tetapi ianya adalah isu seluruh dunia. Isu kemanusiaan, dan bukan isu agama semata-mata. So, dana dan derma sebenarnya bukan daripada Muslim sahaja tau, tapi ada jugak sumbangan daripada non-muslim.
Tujuan kita satu, to make a better & peace world, right? And there are no racism when it come to humanitarian mission. So jangan gaduh-gaduh tau. Kita sama-sama menyumbang :)
Basically, jobscope aku di office adalah key-in data Rohingya community to provide them with financial assistance. Seperti yang kita tahu, mereka masyarakat Rohingya hidup dalam pelarian kerana diskriminasi yang terjadi di negara asal. Nanti cuba baca kenapa negara dorang nak 'lupuskan' etnik Rohingya ni. Sedih weh!
Jujur lah, kadang aku bosan jugak asyik tengok laptop je (office pulak ber-aircond fuhh sejukkk) kadang nak tidur pun ada hahaha tapi tak tidur lah. Penat pun ada jugak even duduk je kat tempat kita je but it is okay to feel tired. But its worth because we do the charity and ease others work. Kita bekerja, mungkin profession kita juga berbeza. Maka, kepuasan bekerja itu pun berbeza. Pada aku, even jobscope aku for sure tak se-tough permanent staff kat situ, tapi jobscope aku pada masa itu juga dapat memberi kepuasan kepada diri aku.
Yang kelakar bila ada yang tanya. "Weh nanti kau kena pergi Palestin Gaza lah eh?"
Hahahaha no lahh, takkan lah baru jadi budak intern dah boleh keluar turun ke lapangan. Tapi supervisor aku ada bagitahu, dorang memang ada turn pun nak ikut pergi misi ke sana tapi ikut seniority. Kebetulan masa aku intern tu, ada misi Kapal Awda dan ada officer yang turut sama turun. CEO office pun turut serta jugak. Dalam hati aku kagum lah dengan semangat-semangat mereka ni. Semangat kemanusiaan sangat tinggi.
Aku ada jugak lah turun sekali-dua ke lapangan, tapi misi memberi bantuan kewangan kepada penerima bantuan area KL je lah. Merasa jugaklah pakai vast volunteerer tu kahkah!
Satu bi'ah yang saaaaaaangat aku suka dekat office, semua jenis solat awal waktu & berjemaah. Nak nangis weh rasa macam 'masuk sekolah balik'. Tetiba rindu maahad! Hahahaha. Eh tapi akak yang duduk sebelah aku pun maahad hamidiah jugak rupanya tapi dia 3 tahun je. Yang kelakarnya dah nak habis intern baru tahu hahahaha.
Masa tempoh internship tu, aku sempat lah develop satu skill ni. Skill mem-baking! (masa ni belajar buat brownies) Masa tu macam stress jap dengan kerja (padahal key-in data je puuunnn). Lepastu rasa nak bukak kedai cake lah amboi berangan sangat lah masa tu sebab tengah bosan-bosan kat office especially waktu akhir-akhir nak habis intern kan.
Satu lah nak pesan, kalau terjumpa mereka yang pelarian ni, janganlah dipersendakan mahupun dizalimi. Layani mereka sebagai manusia. Agama kita pun menuntut untuk berbuat baik sesama manusia bukan?
-----------------------------------
"Apa kena mengena kos kau dengan tempat praktikal? Kenapa tak mintak intern dekat pejabat agama?"
Okay, sebenarnya begini. Masa briefing intern di kampus, lecturer aku dah pesan jangan apply sekolah dan pejabat agama. Kenapa? Sebab lecturer nak kitorang luaskan skop dan ubah mindset bahawa student kos agama tempatnya bukan di sekolah mahupun pejabat agama sahaja. Ada je kawan aku intern dekat KWSP, bank. Yang pasti tempat yang orang tak imagine pun student kos agama akan apply kat situ. Hahahaha. Yelah, orang selalu ingat student kos agama ni tak jadi cikgu sekolah, jadi pegawai JAIS! Eh.
Lagipun kos aku ada 'comparative religion', so sebenarnya relate je tempat intern aku dengan kos aku. Konsep 'deal with others' dengan menggunakan teori yang telah dipelajari untuk menyantuni manusia tidak kira bangsa dan agama (wahh okay jugak kan relation aku buat ni, malas nak hurai lelebih). Jadi, tak semestinya nanti kami habis belajar je kami MESTI kerja dekat pejabat agama, MESTI kerja jadi cikgu kat sekolah-sekolah. Tidak ya anak-anak sebab nanti aku nak bukak kedai bakery dengan lulusan Usuluddin & Comparative Religion. Acemtuhhh.
Tapi jujur lah aku cakap, tiap kali kalau makcik pakcik aku tanya, belajar kos agama nanti nak jadi apa? Aku selalu jawab, "tak tahu lagi lah, kita pun tengah fikir nak jadi apa." Aik, kau sendiri amik kos tu kau tak tahu nak kerja apa?
Jujur yang kedua, masa apply kos Usuluddin & Comparative Religion ni, aku langsung tak terfikir pasal aku nanti akan kerja apa, apa profession aku in future. Tak wei. Aku tak fikir pun benda tu, sebab masa memula apply kos untuk degree lepas asasi tu, aku tengah minat nak belajar secara mendalam dalam bidang ni, lantakkan lah pasal kerja, tu letak tepi dulu. Yang penting kalau aku tak belajar sekarang, bila lagi? Peluang dah ada kut, tinggal tunggu nak apply je. Ya, kerja tu penting tapi ni aku cerita tentang 'fikiran' aku pada masa usia aku 20 tahun.
Tak kurang juga ada suara-suara, "Kau tak rasa sia-sia ke belajar, tapi kerja kau tak sama dengan bidang yang kau ambil?"
Takde istilah "sia-sia" dalam menuntut ilmu (as long as ilmu tu bermanfaat lah ya). Belajar lah selama manapun, bidang apa sekalipun, nilai & kepuasan menuntut ilmu tu sangat berharga even nanti pekerjaan kita tak selari dengan bidang. Sebenarnya semua terpulang pada diri kita, how we look about it. And it's all about MINDSET.
Sebab ada orang tak kisah pun dia nanti kerja apa (maksud aku, kerja yang baik-baik lah), as long as dia suka & enjoy dengan kerja tu even bidang dia belajar dengan kerja dia, jauuhhh takde kaitan langsung. Contoh macam aku lah, ambil bidang lain tapi nak kerja bukak kedai bakery. Kan jauh tu. Ada jugak orang yang dah target dari kecil dia nak jadi apa, so dia straight to the path to achieve it. Ni pun macam aku jugak hahaha. So, dedua macam aku lah senang cerita hahaha (tapi masa kecik takde cita-cita nak bukak kedai bakery hmm konfius jap)
Jangan risau kalau kerjaya nanti tak sama dengan bidang belajar kita. Jangan risau kalau rasa susah dapat kerja (mungkin peluang pekerjaan yang selari dengan bidang belajar kita tu terlalu sedikit). Don't worry toooo much!
Rezeki itu ada dimana-mana. Allah akan bagi selama mana kita terus berusaha. InshaaAllah.
Sekian, wassalam.
My Company & Academic Supervisor, Miss Sarah & Dr Masyitah
Time ni baru lepas habis presentation.
Jamuan Raya IKRAM
(aku bukan ahli IKRAM eh, aku intern je kat institusi dia.
Sebelah tu member intern jugak, Natasha)
Bantuan kepada Rohingyan. Merasa jugaklah pakai vast tu kahkah!.
Misi Kapal Al-Awda ke Gaza
Penyambut tetamu masa Jamuan Raya MYCARE, Titiwangsa
(1st time drive KL, menggigil lutut wehhh)
Thank you MYCARE untuk pengalaman selama 3 bulan.
May Allah bless us :)
Terima kasih kerana sudi membaca sampai habis :)
(kalau baca sampai habis lah hahaha)
No comments:
Post a Comment