Thursday, 23 April 2020

#COVID19


*MasyaAllah berapa banyak kali nak ditiup habuk dekat blog ni*

Alhamdulillah untuk nikmat yang Tuhan berikan sehingga ke hari ini. Bersyukur. Maka Allah akan tambahkan lagi nikmat. Entri yang lepas adalah pada bulan April tahun 2019. Terus skip sehingga ke bulan April pada tahun berikutnya. Nampak tak betapa lama nak ambil mood menulis dekat sini? 😂

Tahun 2020 adalah realiti yang perlu diterima bukan sahaja pada aku, bukan sahaja pada satu negara ini bahkan satu dunia perlu terima hakikat yang terjadi. Untuk menyatakan ini adalah satu bala mahupun musibah, aku lebih suka untuk mengatakan ini adalah 'ujian.' Ini adalah ujian dari Tuhan. Iya, dan ini adalah ujian untuk kita semua dan kita mengharunginya bersama-sama. Satu dunia merasainya.

"COVID19."

Ianya bukanlah kereta terbang, bukan juga sejenis 'brand' terkenal pada tahun 2020 ini tetapi ianya adalah satu virus. Maka, yang terbang pada tahun 2020 ni bukanlah sejenis kereta ya gais, tetapi yang terbang itu adalah virus, ataupun dikenali sebagai Coronavirus. Virus ini berasal daripada Wuhan, China. Jika kita bertanya pada pakcik google, mesti berlambak berita dan 'kupasan' yang akan kita jumpa. Virus ini berjangkit lebih kurang macam influenza, melalui pernafasan contohnya seperti batuk dan bersin menurut pakcik google. Dan disebabkan virus ini tersebar ke serata dunia, maka kini keadaan negara-negara didunia ini mengalami sistem 'lockdown.' Ada negara yang telah mencecah beribu kematian.

Ya gais, jumlah kematian itu beribu. Macam mana sampai jadi beribu ni?

Antara sebabnya yang aku boleh katakan adalah kerana kerajaan tidak mengambil langkah awal untuk membendung perkara ini daripada menjadi lebih teruk dan 'mengganas.' Bukan itu sahaja, ada juga negara yang mempunyai sesetengah rakyat yang 'lebih bijak' daripada orang yang lebih pakar dalam perkara ini.

'Lebih bijak' yang aku maksudkan disini seperti contoh, ada lah satu negara ni. Kerajaan suruh duduk rumah dediam tapi depa pi buat protes dekat jalanan time-time covid ni. Yang paling kesian, nurse pun depa duk maki jugak. Kata depa duduk rumah ni bukan satu jalan yang terbaik. Weh, orang suruh duduk rumah sebab tak nak lagi ramai berjangkit! Ada pulak tu yang dah start balik pi pasar jual haiwan eksotik. Aihhhh aku kan dorang ni 😑😠 *sabar izz sabar jangan cakap apa-apa*

Alhamdulillah Malaysia mengambil langkah secepatnya sebaik sahaja dapat mengesan kes yang telah masuk ke dalam negara. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga telah diumumkan dan bermula pada 18 Mac selama 2 minggu pada asalnya. Ternyata virus ini bukan yang biasa-biasa. Dan arahan PKP juga pada asalnya tidak mudah untuk dilaksanakan. Wujud beberapa kluster yang mana ianya adalah satu gelaran untuk kes yang dapat dikesan (secara berkumpulan).

'Kuddos' kepada PM8, iaitu TSMY, DG Hisyam dan barisan frontliners. Tidak lupa juga kepada makcik dan pakcik yang sentiasa memastikan kebersihan di hospital 💓. 'Kuddos' juga kepada rakyat yang ikut arahan PKP untuk duduk di rumah! 👍

Sekarang PKP Fasa 4 gaisss. Dah masuk Ramadhan pun. Silap-silap raya pun masih PKP. Mungkin duit raya transfer online ataupun ditunda? 😂

Fasa awal PKP tu mula-mula aku pun macam, "okaylah setakat 2 minggu duduk rumah apa adehal kan?" Sekali hamekau, berminggu-minggu duduk rumah sampailah sebulan lebih. Selepas satu bulan baru dapat pegang stereng (sebab nak pergi ambil barang), itupun macam rasa janggal je nak drive. Wow lamanya tak drive!

Bayangkan ya, satu fasa itu merujuk kepada 2 minggu. Sekarang dah masuk fasa keempat. Kau rasa? Aku ni dah 3 fasa masih lagi belum rasa Dalgona yang viral tu kahkah tiberrr pulak muncul dalgona ni.

Sepanjang PKP ni pun ada undang-undang yang perlu rakyat ikut. Contohnya, hanya ketua keluarga dan seorang sahaja yang boleh keluar beli barang. Jarak tempat yang kita nak pergi dari rumah tu tak boleh lebih dari 10km. Kalau nak keluar bekerja pun, cuma ada sesetengah company je yang dibenarkan beroperasi. Yang lain tu Work From Home (WFH). Kalau duk keluar sesaja, kena tangkap, masuk lokap lah jawabnya. Huhu.

Sudah pastinya, untuk menang melawan virus ini mengambil masa yang agak lama bagi mendapatkan zero kematian secara berturut-turut. Semoga rakyat Malaysia dan negara lain dapat memberikan kerjasama yang terbaik supaya virus ini dapat kita hapuskan secara keseluruhannya. Semoga wabak ini dapat diangkat secepatnya. Aku dah rindu dengan semua orang. Aku yakin semua orang pun sama. Semoga Tuhan memberikan kesihatan dan menjaga kita. Ameen Ya Rabb!

#PKPFasa4
#KitaJagaKita
#RamadhanKareem

Thursday, 4 April 2019

FINAL SEM & FINAL YEAR AT IIUM



Alhamdulillah pejam celik daripada masuk Asasi PJ sehinggalah sambung ke main campus di Gombak dan tahun ni InshaaAllah merupakan final semester. Perjalanan itu iya, sungguh panjang bagi aku (dan bagi pakcik makcik diluar sana). Mana tidaknya, asasi aku je dah setahun setengah. Degree standard kat sini 4 tahun. "Kenapa tak buat 3 tahun setengah?" Asalnya memang ada terdetik nak singkatkan masa belajar tapi bila aku fikir tentang kemampuan dan ke-rileks-an aku (eh bahasa apeni hahaha), dan mohon nasihat serta pendapat daripada orang sekeliling, okay i'll do within 4 years. No need to rushing.

Jika sebelum ni tiap tahun raya dan bebila lah tatkala bertemu mata dengan pakcik dan makcik, aku dah dapat agak soalan yang sama pasti akan muncul dari bibir mereka;

"Kau dah habis belajar?"
"Eh, lamanya kau belajar? Kau tak habis lagi?"
"Anak acik dah habis belajar dah".

Dan ianya berlangsung dalam lebih kurang hampir 6 tahun dan jawapan aku masih sama, "Ya masih di UIA dan belum habis lagi." Namun sesungguhnya pada tahun ini, aku bakal memiliki jawapan yang berbeza daripada sebelum ini kahkah. InshaaAllah. Satgi soalan lain pulak keluar. Haa sudah. 

Final semester ni subject tak ada lah banyak sangat. Aku amik dalam 8ch then plus satu subject audit and total semua 11ch. InshaaAllah moga dipermudahkan kesemuanya.

To be honest, bila dah akhir-akhir sem di UIA ni, tiap kali melalui satu jalan tu, terdetik dalam hati, "lepasni aku tak rasa dah berjalan kaki pergi kelas, tengok jalan jem, sungai-sungai, pokok-pokok kat sini." Serius sedih sangat-sangat. Jadi sendu hati bila terfikir hanya ada beberapa minggu sahaja untuk mencipta memori disini. Macam mak aku, alumni UIA. So tiap kali hantar anak masuk UIA, mesti mak akan cerita balik masa zaman-zaman beliau belajar dulu. Cerita tentang pensyarah, keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan dan banyak lagi lah cerita yang akan keluar tentang UIA. Agaknya aku nanti macam tu lah kot kan. Huhu.

Semester last ni aku ada mengikuti kelas career bersama beberapa orang kawan-kawan aku yang juga bakal grad tahun yang sama. Semalam, sebelum nak ke kelas career, aku lepak jap kat luar masjid sambil tengok bangunan-bangunan yang kelihatan dari tempat duduk aku. Ya Allah, aku sebak! Cepat-cepat aku tunduk tengok fon kekonon nak cover mata. Hampir 6 tahun, dan aku bakal meninggalkan taman ilmu dan budi ini. But inshaaAllah, i'll be what you taught me to be.

Dan masa kelas career semalam Bro Hafi (kaunselor kelas career kami), dia cakap;

"Nanti lepasni korang mesti sedih tinggalkan UIA. Serius saya cakap. Saya dengan kawan-kawan saya, even dah bekerja, kami akan berkumpul kat sini. Contoh macam bulan puasa kan, sekali seminggu kami akan datang. Beli makanan kat bazar, berbuka sama-sama dan solat kat masjid. Serius, kamu akan rindu suasana masa kat UIA."

Time tu kitorang semua macam, alaaa apa sedih sangat ni. We're not ready yettt!

Oh, begini rupanya perasaan seorang pelajar semester akhir. Patutlah kawan aku nangis sem lepas dan aku macam, eh tu pun nak nangis. Kan kita bakal bertemu lagi pada hari graduasi? Hahaha and now i feel it! And i'm not ready yet to leave this place! (crying inside)

May Allah ease our last semester here. InshaAllah ameen ya rabbal 'alamiin.

Friday, 14 December 2018

INTERNSHIP & FUTURE JOB

*fuhh tiup habuk sikit*



Alhamdulillah. Baru ada masa nak update blog (padahal sebelum ni ada je masa tapi malas sangat, kah!) Kali ni aku nak cerita pasal internship aku masa bulan Jun sampai Ogos hari tu. Proses sebelum intern tu, aku ada apply dekat 3 company. Dua daripadanya adalah NGO (humanity) dan satu lagi company consultant. Aku diterima 2 company, NGO & Consultancy tu tapi disebabkan company NGO tu dekat lagi dengan rumah, elaun pun boleh tahan, so aku pilih untuk teruskan internship aku dekat situ.

Sebenarnya aku bukan main terima sebab dekat dengan rumah ataupun elaun, tapi disebalik tu aku ada simpan curiousity sejak sekian lama tentang NGO kemanusiaan ni, tak kira lah NGO apa sekalipun. Zahirnya, kita nampak gerak kerja mereka di lapangan je kan. Contohnya, program bantuan sana-sini, hantar misi ke Gaza dan sebagainya. Itu apa yang kita nampak. Jadi, aku nak tahu macam mana gerak kerja disebalik tabir tu.

Aku intern di MYCARE (before known as Aqsa Syarif). It's all about charity & humanity, tak kira bangsa dan agama (NGO lain pun sama jugaklah). Even pada zahirnya adalah sebuah institusi yang islamik, tapi dalam office ada seorang staff non-muslim tau haa aku memula masuk pun terkejut jugak bila supervisor bagitau aku. Tugas hakiki staff tu is to spread all the issue about war-country (Palestine/ Syria & etc) to non-muslim community and make them aware about it. Itu lah yang diberitahu kepada aku masa briefing memula masuk office.

Sentuh tentang isu Palestine ni, isu Palestine bukan isu umat Islam sahaja, tetapi ianya adalah isu seluruh dunia. Isu kemanusiaan, dan bukan isu agama semata-mata. So, dana dan derma sebenarnya bukan daripada Muslim sahaja tau, tapi ada jugak sumbangan daripada non-muslim.

Tujuan kita satu, to make a better & peace world, right?  And there are no racism when it come to humanitarian mission. So jangan gaduh-gaduh tau. Kita sama-sama menyumbang :)

Basically, jobscope aku di office adalah key-in data Rohingya community to provide them with financial assistance. Seperti yang kita tahu, mereka masyarakat Rohingya hidup dalam pelarian kerana diskriminasi yang terjadi di negara asal. Nanti cuba baca kenapa negara dorang nak 'lupuskan' etnik Rohingya ni. Sedih weh!

Jujur lah, kadang aku bosan jugak asyik tengok laptop je (office pulak ber-aircond fuhh sejukkk) kadang nak tidur pun ada hahaha tapi tak tidur lah. Penat pun ada jugak even duduk je kat tempat kita je but it is okay to feel tired. But its worth because we do the charity and ease others work. Kita bekerja, mungkin profession kita juga berbeza. Maka, kepuasan bekerja itu pun berbeza. Pada aku, even jobscope aku for sure tak se-tough permanent staff kat situ, tapi jobscope aku pada masa itu juga dapat memberi kepuasan kepada diri aku.

Yang kelakar bila ada yang tanya. "Weh nanti kau kena pergi Palestin Gaza lah eh?"

Hahahaha no lahh, takkan lah baru jadi budak intern dah boleh keluar turun ke lapangan. Tapi supervisor aku ada bagitahu, dorang memang ada turn pun nak ikut pergi misi ke sana tapi ikut seniority. Kebetulan masa aku intern tu, ada misi Kapal Awda dan ada officer yang turut sama turun. CEO office pun turut serta jugak. Dalam hati aku kagum lah dengan semangat-semangat mereka ni. Semangat kemanusiaan sangat tinggi.

Aku ada jugak lah turun sekali-dua ke lapangan, tapi misi memberi bantuan kewangan kepada penerima bantuan area KL je lah. Merasa jugaklah pakai vast volunteerer tu kahkah!

Satu bi'ah yang saaaaaaangat aku suka dekat office, semua jenis solat awal waktu & berjemaah. Nak nangis weh rasa macam 'masuk sekolah balik'. Tetiba rindu maahad! Hahahaha. Eh tapi akak yang duduk sebelah aku pun maahad hamidiah jugak rupanya tapi dia 3 tahun je. Yang kelakarnya dah nak habis intern baru tahu hahahaha.

Masa tempoh internship tu, aku sempat lah develop satu skill ni. Skill mem-baking! (masa ni belajar buat brownies) Masa tu macam stress jap dengan kerja (padahal key-in data je puuunnn). Lepastu rasa nak bukak kedai cake lah amboi berangan sangat lah masa tu sebab tengah bosan-bosan kat office especially waktu akhir-akhir nak habis intern kan.

Satu lah nak pesan, kalau terjumpa mereka yang pelarian ni, janganlah dipersendakan mahupun dizalimi. Layani mereka sebagai manusia. Agama kita pun menuntut untuk berbuat baik sesama manusia bukan?

-----------------------------------

"Apa kena mengena kos kau dengan tempat praktikal? Kenapa tak mintak intern dekat pejabat agama?"

Okay, sebenarnya begini. Masa briefing intern di kampus, lecturer aku dah pesan jangan apply sekolah dan pejabat agama. Kenapa? Sebab lecturer nak kitorang luaskan skop dan ubah mindset bahawa student kos agama tempatnya bukan di sekolah mahupun pejabat agama sahaja. Ada je kawan aku intern dekat KWSP, bank. Yang pasti tempat yang orang tak imagine pun student kos agama akan apply kat situ. Hahahaha. Yelah, orang selalu ingat student kos agama ni tak jadi cikgu sekolah, jadi pegawai JAIS! Eh.

Lagipun kos aku ada 'comparative religion', so sebenarnya relate je tempat intern aku dengan kos aku. Konsep 'deal with others' dengan menggunakan teori yang telah dipelajari untuk menyantuni manusia tidak kira bangsa dan agama (wahh okay jugak kan relation aku buat ni, malas nak hurai lelebih). Jadi, tak semestinya nanti kami habis belajar je kami MESTI kerja dekat pejabat agama, MESTI kerja jadi cikgu kat sekolah-sekolah. Tidak ya anak-anak sebab nanti aku nak bukak kedai bakery dengan lulusan Usuluddin & Comparative Religion. Acemtuhhh.

Tapi jujur lah aku cakap, tiap kali kalau makcik pakcik aku tanya, belajar kos agama nanti nak jadi apa? Aku selalu jawab, "tak tahu lagi lah, kita pun tengah fikir nak jadi apa." Aik, kau sendiri amik kos tu kau tak tahu nak kerja apa?

Jujur yang kedua, masa apply kos Usuluddin & Comparative Religion ni, aku langsung tak terfikir pasal aku nanti akan kerja apa, apa profession aku in future. Tak wei. Aku tak fikir pun benda tu, sebab masa memula apply kos untuk degree lepas asasi tu, aku tengah minat nak belajar secara mendalam dalam bidang ni, lantakkan lah pasal kerja, tu letak tepi dulu. Yang penting kalau aku tak belajar sekarang, bila lagi? Peluang dah ada kut, tinggal tunggu nak apply je. Ya, kerja tu penting tapi ni aku cerita tentang 'fikiran' aku pada masa usia aku 20 tahun.

Tak kurang juga ada suara-suara, "Kau tak rasa sia-sia ke belajar, tapi kerja kau tak sama dengan bidang yang kau ambil?"

Takde istilah "sia-sia" dalam menuntut ilmu (as long as ilmu tu bermanfaat lah ya). Belajar lah selama manapun, bidang apa sekalipun, nilai & kepuasan menuntut ilmu tu sangat berharga even nanti pekerjaan kita tak selari dengan bidang. Sebenarnya semua terpulang pada diri kita, how we look about it. And it's all about MINDSET.

Sebab ada orang tak kisah pun dia nanti kerja apa (maksud aku, kerja yang baik-baik lah), as long as dia suka & enjoy dengan kerja tu even bidang dia belajar dengan kerja dia, jauuhhh takde kaitan langsung. Contoh macam aku lah, ambil bidang lain tapi nak kerja bukak kedai bakery. Kan jauh tu. Ada jugak orang yang dah target dari kecil dia nak jadi apa, so dia straight to the path to achieve it. Ni pun macam aku jugak hahaha. So, dedua macam aku lah senang cerita hahaha (tapi masa kecik takde cita-cita nak bukak kedai bakery hmm konfius jap)

Jangan risau kalau kerjaya nanti tak sama dengan bidang belajar kita. Jangan risau kalau rasa susah dapat kerja (mungkin peluang pekerjaan yang selari dengan bidang belajar kita tu terlalu sedikit). Don't worry toooo much!

Rezeki itu ada dimana-mana. Allah akan bagi selama mana kita terus berusaha. InshaaAllah.

Sekian, wassalam.


My Company & Academic Supervisor, Miss Sarah & Dr Masyitah 


Time ni baru lepas habis presentation. 


Jamuan Raya IKRAM

(aku bukan ahli IKRAM eh, aku intern je kat institusi dia.
Sebelah tu member intern jugak, Natasha)


Bantuan kepada Rohingyan. Merasa jugaklah pakai vast tu kahkah!.


Misi Kapal Al-Awda ke Gaza


Penyambut tetamu masa Jamuan Raya MYCARE, Titiwangsa
(1st time drive KL, menggigil lutut wehhh)


Thank you MYCARE untuk pengalaman selama 3 bulan.
May Allah bless us :)

Terima kasih kerana sudi membaca sampai habis :)
(kalau baca sampai habis lah hahaha)

Thursday, 6 April 2017

Atok Aziz



Aku titipkan gambar paling hensem dan bergaya semasa hari raya tahun lepas.

Kelmarin adalah hari lahir dia.

Terimbau kenangan-kenangan bersamanya sewaktu dia masih didunia. Jika dulu setiap kali menziarahi dia dirumah, aku disambut mesra dengan satu senyuman indah, tapi selepas ini aku hanya disambut dengan satu batu nisan yang diam membisu tanpa suara. Jika dulu banyak kisah-kisah lama yang diceritakan buat hiburan, tapi kini hanya mampu ku susun rapi dalam ingatan.

Tiada lagi gelak ketawa yang menceriakan hati. Tiada lagi kata-kata semangat yang menguatkan diri. Hanya mampu ku sematkan dalam memori segala kenangan dan nasihat yang kau pernah beri dulu, buat kekuatan untuk masa yang mendatang nanti.

Teringat apabila bertandang ke rumah dia, bila dia tengok cucu-cucu dia tak makan pedas, mesti akan kena 'se-das' ayat dari dia. Hahaha.

"Kau tak makan pedas. Macam mana ni, kata cucu Minang..."

Dan aku selalu menjadi cucu yang akan menghabiskan makanan diatas meja sebab nampaknya hanya aku yang boleh menahan pedas (banyak minum air nak cover pedas sebenarnya). Dan dia sangat suka tambahkan nasi kalau cucu tu duduk sebelah dia. Pantang pinggan kau habis nasi, dia tambah lagi dan lagi. Aku ada jugak lah kena beberapa kali. Seminggu kenyang gayanya. Huhu.

Masa hari lahir aku tahun lepas, dia ada pesan sesuatu. Dia kata;

"Kau kalau senyum manis tau Ti. Cuba senyum macam Atok ni. Atok kalau senyum pun manis tau."

Masa tu aku tahan lagi. Tapi part aku tak tahan gelak bila dia buat gaya kalau dah tak boleh senyum sangat, senyum tipu-tipu macam dia buat. Dia pun buat lah gaya senyum tipu-tipu sampai nampak gigi. Hahaha. Atok.. Atok..

Atok,

Kalau Jumaat lepas kami masih melihat senyuman atok didepan mata, tapi Jumaat kali ini dan selepas ini mungkin hanya gambar yang menjadi tatapan mata. Kalau Jumaat lepas ada yang menanti ketibaan kami, anak-anak dan cucu-cucu, namun Jumaat kali ini hanya sepi yang menemani.

Ya,

Dulu Atok dah banyak beri kami 'tanda' sebelum pergi melalui kata-kata atok. Tapi kami buat tidak endah. Berulang atok mengatakan ayat yang sama dan kami masih juga menafikan.

"Atok dah tak lama dah ni..."

Masa tu hampir 2 minggu kita berhari raya dan Atok mengadu sakit dada lalu terus dibawa ke hospital. Masa itu aku masih dirumahnya. Aku sendiri menyaksikan bagaimana dia mengadu sakit dada dan dalam masa yang sama dia menahan sakit dihadapan cucu-cucunya.

"Atok takde pape. Sikit je ni..."

Dan itulah kemuncak sebelum pemergian Atok. Atok juga berulang-kali cakap;

Beberapa bulan sebelum pemergian dia, ada jugak dia cerita about 'something'. Katanya, selalu sangat dia rasa ada orang perhati dia. Ada satu masa sebelum Subuh, ada sesuatu kacau dia sampai dia tak boleh tidur semula. Maka, berjagalah dia sampai tibanya waktu Subuh. Dan bila kami tanya itu apa, dia kata "Ala biasalah. Bukan kita je ada dalam rumah ni. Kadang Atok tengah baca surat khabar, rasa macam ada orang tengah baca sekali kat belakang Atok. Hahaha. Tapi Atok kata dah aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku." -- Sempat lagi dia gelak dalam masa kami merasa seram dengar cerita dia.

"Atok nak buat kenduri tahlil lepas raya nanti dekat rumah ni..." (di Kuala Selangor)

Dan sungguh tak sangka, itu lah tahlil untuk Atok. Terlalu cepat. Namun kami perlu untuk menerima hakikat. Mati itu benar, kan Atok? Dan turun ke liang lahad itu juga benar. Saat berpisahnya kemewahan kita dengan dunia. Terpisahnya dengan orang-orang yang kita sayang. Yang pergi takkan kembali. Malah yang hidup itu akan menyusul pergi.

Aku tahu, setiap kisah-kisah yang Atok ceritakan pada kami dahulu itu bukan hanya sekadar suka-suka. Setiap kisah yang diceritakan itu malah membawa makna. Dan pada 19 Julai 2016 itu, aku hanya melihat sekujur tubuh yang kaku. Diam dan lena.

"Selagi orang-orang yang kita sayang masih ada, ciptalah seberapa banyak kenangan indah bersama. Kelak, kenangan itu lah yang akan menjadi peneman kita disaat mereka telah tiada."

Tenanglah kau disana wahai insan tercinta.

Al-Fatihah.

Abd Aziz Bin Haji Sharif
5 April 1948 - 19 Julai 2016 (8.03pm)

Tuesday, 17 January 2017

PPUM







*tiup habuk*

Fuh, agak lama jugaklah tak update blog ni. Mana taknya, setiap kali terfikir nak update, kat uia tu kena cari wifi. Wifi pulak kadang tak bagi kerjasama. Nak-nak bila aku duduk bilik tingkat 5 dan kalau kau nak wifi, kena turun tingkat 3. Haa. Bila kat rumah, tak teringat pulak nak update. Hahaha. Begitulah kisahnya tung tang tung tang kenapa lama sangat dah tak update. >_<

Entri kali ini "PPUM". Kenapa eh?

Harini pi situ sebab ayah ada operation laser batu karang. Operation daycare kali kedua. Kebetulan ada seorang makcik ni, suami dia pun buat laser jugak. So, sementara nak tunggu suami masing-masing (mak dan makcik) tu, kami semua pun pergilah sarapan berempat.

Masa tengah sarapan tu, anak-anak makcik tu pun datang. Then, makcik ni duduk sebelah aku. Lepas dia makan, dia main-main lah dengan cucu dia. Auliya. Umur adalah dalam lebih kurang 1 tahun. Comel budaknya masyaAllah.

"Auliya, tengok hidung kakak-kakak ni mancung kan? Mintak dekat kakak sikit hidung mancung tu. Mancung macam parrot."

Mak dah gelak dah. Aku dengan Pipah macam, aah kalau lah hidung ni boleh bagi sikit mancung tu dekat orang kan. Hahaha. Tapi bila makcik tu mention 'parrot', aku macam eh tang mana hidung burung kakak tua? *emoji berfikir

Kemudian, pergi ambil ubat. Masa tengah tunggu mak, aku pun duduk lah sensorang dekat tempat duduk yang jauh sikit dari kaunter sebab tempat duduk tu je tak ramai orang. Tetiba ada lah seorang kakak ni dengan white coat datang dekat aku. Rupanya kakak tu nak mintak tolong aku isi survey pasal ubat farmasi. Then, Pipah datang tempat aku.

"Ni kakak ke?"
"Eh tak. Ni adik saya. Afifah."
"Oh, kembar eh?"
"Eh, bukan jugak. Hahaha."

Sambil-sambil isi survey tu,sembang lah dengan kakak tu. Dia tengah buat final year project rupanya. Student UM. Lembut je orangnya. Kak Syafiqah. Nak hadam soalan survey tu macam terkial jugaklah sebab ada term yang kita jarang dengar. Maklumlah, kita bukan bidang tu kan. Hahaha.

*tengah taip ni tetiba playlist lagu Jaz- Dari Mata huhu*

Okay sambung.

Masa Zuhur pulak, aku, pipah dan mak naik lah ke tingkat 5 untuk solat. Sementara tunggu mak dengan pipah solat, aku jagakan beg-beg semua. Tetiba depan aku lalu lah seorang makcik cleaner ni. Tengok muka dia macam pernah nampak sebelum ni.

*sesi throwback*

Tahun lepas, masa operation ayah yang first, aku pernah terserempak dengan makcik ni dalam tandas yang berdekatan dengan surau di tingkat 5 tu. Masa tu, aku dalam tandas yang pertama. Makcik tu dalam tandas kedua, kiranya tandas sebelah aku lah. Aku dengar dia tengah menyental dekat sebelah, so aku tahu lah time tu adalah waktu untuk membasuh tandas.

Itu okay lagi.

Yang aku geli hati tu bila dengar dia 'bernasyid' dekat sebelah. Kalau nasyid lagu Raihan ke, Hijjaz ke takpe. Tahu dia nasyid apa?

Makcik tu berzikir. Im not sure zikir yang mana tapi nada nasyid lah yang pasti. Familiar jugaklah nasyid zikir dia nyanyi tu. Aku keluar tandas dah sengih-sengih dah. Toleh dekat makcik tu mampu senyum je. Nak tegur zikir dalam tandas, tapi ter-speechless sebab suara makcik tu pun boleh tahan tau. Hahaha hadoii makcik. Semangatnya berzikir!

Apa motif aku cerita?

Motifnya sebab aku suka bercerita. Hahaha. Okay. Ada hikmah untuk semua cerita tadi tapi aku simpulkan secara ringkas.

Satu hari menunggu operation ayah selesai, dengan nak pergi bangunan sana bangunan sini amik ubat, buat appointment untuk next yang akan datang, serious agak mencabar kekuatan. Kaki kena sentiasa melangkah untuk memudahkan urusan sementara ayah dalam bilik operation. Semoga ayah, mak dan keluarga dikurniakan kesihatan yang baik. Begitu juga dengan keluarga awak (tutup muka sikit). Kerja aku macam biasa, angkut beg ayah, beg fail, beg air. Sejuk tak payah cakap. Bila kau dah kenyang, cepat je lapar balik. Sebab apa? Ya. Sebab sejuk. Hahaha.

Dalam masa kita agak merasa lelah satu hari tu, maka Allah memperlihatkan kepada kita ragam-ragam manusia yang boleh menghiburkan hati. Supaya apa? Supaya kita tidak berterusan merasa penat tadi. Sayang kan Allah dekat hamba Dia? Walaupun kita tengok moment-moment tadi itu kecil nilainya.

Ya. Allah sangat sayang dekat hamba bernama manusia itu.

Dan sebanyak manapun dosa yang pernah kita lakukan, luas lagi pengampunan Tuhan buat hambaNya yang sentiasa bertaubat. Dah taubat tapi taktahu Allah ampunkan dosa kita ke tidak? Jawapannya, kena yakin.

Satu petikan daripada buku Tarbiah Sentap tulisan Ustaz Adnin Roslan.

"Seseorang telah bertanya kepada Rabiatul Adawiyah: 'Aku sering berbuat dosa dan aku menjadi semakin tidak taat. Tetapi andai aku bertaubat, adakah Allah akan mengampuniku?' Rabiatul Adawiyah menjawab: 'Tidak! Tetapi, apabila Allah ingin mengampunkan kau, maka kau akan bertaubat...'

Faham kan?

Maka, marilah kita melazimi istighfar dan taubat. Tak rugi. Malah tenang hati. :)

Dan satu hari di PPUM sangat berharga.


Sunday, 29 May 2016

Berubah Sebab...?



Kau fikir dengan cara paksaan untuk berubah itu mudah?

Jangan expect harini kau pung-pang-pung-pang ceramah dia, esok tup-tup tadaaa! Berubah 100% macam yang kau nak. No no!

Proses nak berubah ni panjang. Sebab tu kena sabar. Kena doa. Kena bimbing. Kena nasihat. Kena buat apa lagi? Ya, buat apa yang patut.

Jadi supporter supaya dia ada semangat nak berubah. Bukan hentam buat semangat dia jatuh menjunam. Kebabom! Itu-- tak patut hokeh.

Suka untuk aku selitkan kata-kata seorang sahabat dunia akhirat aku;

"Nanti bila kau dapat tahu masa silam seseorang, jangan sesekali ada benci pada dia. Dan bila dia sakiti kau, jangan sesekali ada tersimpan dendam. Maafkan. Supaya hidup kau tenang."

Jangan berubah kerana manusia. Sebab nanti tak mustahil suatu hari nanti, kau mungkin akan jatuh juga kerana manusia. Berubahlah kerana Allah, supaya ia menjadi satu perubahan yang bermakna. InShaaAllah.

Peringatan buat aku, kamu dan mereka :)

Iman?



Iman, memanglah.

Kadang naik melangit. Kadang turun menjunam. Kita pun kadang-kadang tak jangka tahap iman kita di tahap mana. Manusia seperti kita sifatnya lemah. Sangat lemah. Bila Allah tidak kita letak di hati, macam-macam boleh jadi. Bahaya bila lupa Allah walaupun seminit. Sangat-sangat bahaya serius tak tipu.

Selama mana pun kehidupan kita, mesti sekali atau berkali-kali kita terjatuh. TER--? Ya, ter-- kerana tindakan sendiri. Terlalu mengikut nafsu, iman diletak ke tepi. Lupa Allah itu memerhati. Bila tersedar, oh rupanya itu silap sendiri.

Mahu jatuh, silakan. Tapi jangan terlalu lama. Bimbang nanti tidak sempat masa untuk muhasabah diri sendiri. Seorang manusia tidak patut duduk di dalam kejatuhannya lama-lama. Cukup hanya sekadarnya, dan dia perlu bangkit semula.

Bila iman dirasakan baik, jangan terlalu kita rasa selesa. Iman itu masih perlu diperbaiki lagi. Bila iman itu kita rasa buruk kondisinya, jangan pernah berputus-asa. Allah itu Maha Luas PengampunanNya. Cuma jangan diulangi kesilapan yang sama. Berusahalah untuk sentiasa menjauhinya. Itu lah jihad di zaman kita. Jihad melawan nafsu dunia.

Kata mahu syurga, kenapa tak mahu gerak bersama-sama? Semoga yang terbaik buat aku, kau dan mereka.