Sunday, 29 May 2016

Iman?



Iman, memanglah.

Kadang naik melangit. Kadang turun menjunam. Kita pun kadang-kadang tak jangka tahap iman kita di tahap mana. Manusia seperti kita sifatnya lemah. Sangat lemah. Bila Allah tidak kita letak di hati, macam-macam boleh jadi. Bahaya bila lupa Allah walaupun seminit. Sangat-sangat bahaya serius tak tipu.

Selama mana pun kehidupan kita, mesti sekali atau berkali-kali kita terjatuh. TER--? Ya, ter-- kerana tindakan sendiri. Terlalu mengikut nafsu, iman diletak ke tepi. Lupa Allah itu memerhati. Bila tersedar, oh rupanya itu silap sendiri.

Mahu jatuh, silakan. Tapi jangan terlalu lama. Bimbang nanti tidak sempat masa untuk muhasabah diri sendiri. Seorang manusia tidak patut duduk di dalam kejatuhannya lama-lama. Cukup hanya sekadarnya, dan dia perlu bangkit semula.

Bila iman dirasakan baik, jangan terlalu kita rasa selesa. Iman itu masih perlu diperbaiki lagi. Bila iman itu kita rasa buruk kondisinya, jangan pernah berputus-asa. Allah itu Maha Luas PengampunanNya. Cuma jangan diulangi kesilapan yang sama. Berusahalah untuk sentiasa menjauhinya. Itu lah jihad di zaman kita. Jihad melawan nafsu dunia.

Kata mahu syurga, kenapa tak mahu gerak bersama-sama? Semoga yang terbaik buat aku, kau dan mereka.

No comments: