Sunday, 29 May 2016

Wahai Jiwa Yang Tenang



Tidak perlu bersusah menghukum gelagat manusia, kerana kita pun tidaklah sesempurna mana. Pasti akan ada salahnya juga.

Tapi jika ada salah pada sisi agama, tegurlah sehikmah yang kau ada. Tidak perlu menengking menjaja dosa manusia sini-sana. Tidak perlu menambah isi pada setiap cerita. Kerana akhirnya akan jadi fitnah merata.

Jangan difikir diri sesuci nabi. Jangan difikir syurga itu menanti jika yang batil pada makna hakiki, tidak kau endah untuk selamatkan agama sendiri.

Kadang apa yang diucap pada lafaz bibir, tidak sama apa yang diucap dihati. Pada zahir kau menasihati, namun pada batin kau mengeji. Sungguh kotor hati sebegini yang menganggap dirinya suci.

Namun dia masih punya ruang dan peluang untuk perbaiki diri. Sujud pada Ilahi dan insafi khilaf sendiri. Menangis pada malam hari dan mohon Tuhan ampuni diri. Biar hati tenang. Biar beban dijiwa hilang. Kerana hanya dengan ketenangan, bahagia itu kan datang.

"Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hambaKu. Masuklah ke dalam syurgaKu."

( Al-Fajr: 27-30)

Pesanan buat diri-ku dan kita semua :)

No comments: