Wednesday, 31 December 2014
Angka 20
"20 bukan hanya sekadar angka."
Puas aku kerah otak, apa yang dimaksudkan 'bukan hanya sekadar angka?' Sedangkan sudah terang lagi bersuluh bahawa '20' itu memang angka.
Manusia ni kalau nak bersastera pun agak-2 lah. Jangan nak bersastera dengan aku, memang malas lah aku nak faham.
Tapi sebelum exam tengahari tadi, sempatlah untuk aku berfikir-fikir sejenak.
Maka,
Jendela itu ku buka,
Ku biarkan angin lalu menyapa... ( okay dah takde idea )
***
Dan sebenarnya, di sebalik angka 20 tu, terselit satu cita-2 yang aku pernah 'tanam'. Dulu. Masa sekolah menengah.
Aku tak pernah pun 'aim' betul-2 apa yang aku nak buat masa angka 20 nanti. Cuma yang aku tahu, aku perlu buat sesuatu masa tu. Dan perkara tu adalah benda yang dapat beri ketenangan dan manfaat untuk orang lain.
Perkara yang aku tidak ter-ikat untuk melaksanakannya.
Ahh, buang segala perkara yang boleh 'membantutkan' cita-2 kau. Ubah jiwa tu. Jangan berangan muda!
Salah satu asbab mengapa remaja Islam sekarang senang jatuh adalah kerana mereka perasan jiwa muda.
Bukan 'berjiwa pemuda!'
Maksud? Haaaa cer google macam mana akhlak dan sifat pemuda masa zaman Rasulullah.
Tak dinafikan juga lah, aku pun kadang hanyut jugak. Alhamdulillah, belum sempat jauh aku hanyut, ada tangan-2 yang menarik untuk bangkit.
Hidup kita ni, ada masa kita jatuh, ada masa kita bangun.
Tapi setelah kejatuhan, kau takkan boleh bangun semula kalau kau sendiri tak ada usaha untuk bangun. *macam berbelit je hahaha*
***
Setelah dirujuk pada kehidupan semasa 2014, woahhhh! *tepuk tangan sikit*
Terserlah ketidakmatangan diri. Ahha. Hmm. Budak-2 biasalah.
Namun, setelah ditolak angka '1' pada pangkal angka asal yang 19, ouhh baru lah tersedar, alamak! Amal aku? Macam tak 'seiring' je dengan penambahan umur. Hmm.
Padahal, 'ajal' menjeling-2 je dekat kita, kita je ingat tak ingat. *macam tiru ayat eqa tapi aku twist sikit*
***
Maka, check semula kehidupan kita sebelum ini.
Andai sebelum ini kau berdakwah,
kerana mahu nampak hebat di mata manusia,
Maka ubahlah niatmu kerana Allah.
Jika sebelum ini kau membantu,
Kerana mahu nama disebut-sebut manusia,
Maka ubahlah niatmu kerana Allah.
Tak sia-sia pun amalan kalau semua kau sandar pada Allah. *senyum*
***
Tak berniat nak tulis pe-panjang, aku tak mahir bab-2 menulis je. Hentam-kromo je.
Cuma satu je nak pesan, mungkin tak berkaitan dengan benda-2 diatas tapi nak cakap jugak.
"Kalau kau rasa macam ada something wrong dengan sesuatu benda yang kau buat, elok kau tinggalkan. Bab jaga hati jangan main-2. Sebab benda tu yang paling susah. Dan apa-2 yang kau nak buat, fikir. Mana yang patut diutamakan dulu."
Pesan sahabat kepada aku sebelum aku 'check-out' dari cfs tadi.
Actually, pesan kat diri ni jugak. Biasalah aku pun manusia.
Semoga 2015 adalah tahun penghijrahan secara istiqamah. InShaaAllah. :)
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri." ( Ar-Ra'd : 11 )
Tuesday, 30 December 2014
Susah sangat ke sister...?
Pernah dengar,
“Pakaian yang terbaik bagi seorang perempuan adalah pakaian yang dia boleh bawa untuk solat.”
Pernah, kan?
Memang tidak dinafikan, masa berlalu dengan pantas. Begitu juga fesyen. Zaman sekarang terlalu
banyak dengan fesyen muslimah. Bersepah-sepah.
Hijabista lah, Stylista lah, Niqabista lah. Eh.
Kalau fesyen muslimah itu yang memang betul mengikut syari’at, tak menjadi masalah.
Nak tahu fesyen tu ikut syariat atau tidak, berbalik kepada basic adab berpakaian dalam Islam.
Tapi kali ini, aku bukan mahu membicarakan tentang itu. Tidak sama sekali. Kali ini, aku mahu
menceritakan satu pengalaman yang pernah aku lalui masa dahulu. *takde lah dulu sangat, dalam
tahun ni jugak lah.
Hari itu, kami membuat keputusan untuk berjalan-jalan. Al-maklumlah baru lepas habis exam.
Macam biasa, of course lah aku yang paling cepat siap. Disebabkan aku yang paling pantas dalam
bersiap, maka aku ‘berpeluang’ untuk menunggu dengan setia akan dua orang sahabat aku yang masih dalam persiapan.
Tak ada lah lama sangat. Adalah dalam 30 minit macam tu. Sekejap, kan?
Maka, aku mengambil keputusan untuk menunggu mereka di cafe. Tengah syok scroll handphone
baca wasep, tiba-tiba terlihat oleh mataku 2 bentuk lembaga di hadapan.
Wow!
Seorang tu boleh lagi perform pakaian dia. Boleh lah dikategorikan sebagai pakaian muslimah.
Yang seorang lagi ni, pun boleh dikategorikan sebagai pakaian muslimah. Cuma mungkin muslimah moden. Haa gitu. Dengan lilitan shawl yang pada perkiraanku agak complicated ‘sikit’ lilitannya.
Okay. Done. Semua dah siap. Maka, bergeraklah kami ke Mid Valley pada pukul 2 petang.
Tak payah nak cerita lah apa yang di-shopping-kan
dekat Mid Valley tu. Biasalah perempuan. Kalau tak pergi Daiso, pergi makan. Paling-paling tidak pun, pergi menonton wayang mungkin.
Bowling? Jarang sekali melainkan kalau aku yang berkeras.
Tetapi hari itu aku berjaya ‘mematahkan’ niat mereka untuk tidak menonton wayang.
Sebab?
Haaaa. Adalah sebabnya. Rahsia~
Kemudian, kedengaran azan berkumandang di Mid Valley. *ece, berangan je padahal azan
handphone je.
“Haaa Asar dah. Jom lah solat. Lepas tu kita sambung jalan lagi,” kata seorang sahabat aku.
“Aku solat dekat mahallah lah.” Tiba-tiba sahabat aku lagi seorang yang ala-ala muslimah moden itu bersuara.
Aku dan sahabat lagi seorang sama-sama memandang ke arah dia dan reaksi kami seolah-olah bertanya, ‘Kenapa?’
“Yelah, tengoklah shawl aku macam mana.. Susah tau nak lilit. Makan masa.”
Erk.
Ahh, tersentak!
Lebih tersentak bilamana yang berbicara itu adalah individu yang ‘pernah’ punya background didikan agama.
Argh! Tension! *tetiba*
Untuk menjaga hati dia, maka kami berdua berlalu pergi ke musolla. Tinggal lah dia keseorangan di
hadapan Daiso.
Sebenarnya, tak ada lah menjaga hati sangat, mungkin lebih kepada ‘speechless’.
Terfikir, ada juga manusia yang lebih mementingkan personaliti daripada tanggungjawab yang lebih wajib dia tunaikan.
Sekarang kan dah susah, nanti nak berkejar balik lagi hanya untuk selamatkan masa solat dia.
Hmm. Manusia.
Ouh lupa, aku pun manusia juga.
Tapi rasanya tak salah ‘petik’ iktibar daripada orang lain. Dan aku ambil apa yang terjadi hari itu
sebagai iktibar dalam hidup aku.
Pakaian yang terbaik yang dimaksudkan bukanlah semata-mata jubah, bertudung labuh dan berniqab bagai.
Cukup pakaian itu mengikut syariat yang telah digariskan dalam Islam.
Islam itu mudah, jangan kita yang mengambil mudah.
Sister, tak salah nak berfesyen, tapi berpada-pada lah jangan sampai ketepikan apa yang wajib kau tunaikan. Tak susah kan?
"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Hal itu adalah sebagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." (Al-A'raf: 26)
Saturday, 20 December 2014
Aku & Sahabat
Laju sahaja aku menaip setiap aksara di skrin telefon bimbit.
Send. *double tick*
Auni is typing....
"Izz, actually i realizes that you are not like same i know you. Is it something wrong?"
Aku tersentak.
Lama aku renung mesej tu. Berulang kali aku baca.
Dan aku katakan pada dia,
"Jangan risau. Aku adalah Izz yang kau kenal dulu. Tak pernah berubah. Don't worry okay. Aku sekadar bertanya."
Sebenarnya aku sendiri tidak tahu kenapa aku bertanya soalan begitu pada dia. Padahal hakikatnya aku sendiri tahu, yang dia adalah seorang kawan.. ohh bukan-bukan.
Dia adalah seorang sahabat. Sahabat yang aku boleh percaya. Betul-betul percaya.
Walaupun usia perkenalan kami singkat, tetapi tidak bermakna jalinan persahabatan dan ukhuwah ini harus dibiarkan hanyut begitu sahaja.
Ukhuwah?
Hah. Apa yang kau faham?
***
Teringat aku pada pengalaman yang sempat aku raih minggu lepas bersama adik-adik peserta Kem Remaja Super.
Kebetulan, aku dan Anis, sahabatku menjaga checkpoint ukhuwah.
Task yang diberi pada adik-adik adalah, berkongsi sebiji gula-gula.
Tugas aku adalah memberi task, manakala Anis pula yang akan meng-konklusi-kan seluruh task yang diberi.
"Kamu berkongsi sebiji gula-gula. Orang pertama sehingga orang terakhir akan rasa benda yang sama je. Andaikata seorang daripada kamu tergigit gula-gula, dan gula-gula itu sudah tidak menjadi bentuk yang sempurna, maka ia tak dapat disatukan semula," terang Anis dengan panjang lebar.
Adik-adik peserta mengangguk faham. Aku yang sedang duduk mengira berapa biji gula-gula lagi yang ada, secara langsung turut sama menganggukkan kepala.
"Macam tu lah jugak ukhuwah. Seorang daripada sahabat kita rasa sakit, semua akan rasa. Kita tanpa sahabat, tempang. Sebab sahabat lah yang akan tegur untuk baiki setiap kesalahan kita. Kita tak boleh hidup sendiri-sendiri tau adik-adik. Ukhuwah dan sahabat tu penting. Kalau adik-adik tak dapat cari 2 benda ni, adik-adik rugi."
Tiba-tiba aku yang rasa meremang.
Ukhuwah?
Sahabat?
Yang aku pernah belajar dalam usrah dulu, ukhuwah ni dalam erti kata lain adalah persaudaraan. Cuma, ukhuwah ini mungkin kita boleh relate-kan dengan persahabatan yang terjalin atas nama Allah. Akak naqibah aku siap suruh lagi untuk baca buku Sinergi, karya Hilal Asyraf. Dan aku sudah berulang-kali membacanya. *hehehe*
'Alangkah indahnya kalau aku punya ukhuwah macam ni,' berbisik aku sendiri.
Chop! Yang aku maksudkan ukhuwah disini adalah ukhuwah antara muslimat-muslimat, muslimin-muslimin. Bukan antara muslimat-muslimin.
Rasanya, kalau ukhuwah antara muslimat-muslimin, mungkin ia tidak dipanggil ukhuwah, lebih kepada ikhtilat maybe. *aku bukanlah pakar dalam bab-bab hukum ni, so aku tak berani nak bahas lebih-lebih*
***
Dulu dekat sekolah menengah, aku pernah punya sahabat-sahabat yang sangat suka berpesan.
Pesan apa?
Kalau lepas solat fardhu je, especially waktu maghrib dan isyak. Mesti akan ada seorang sahabat yang tanya,
"Kau dah qabliah belum? Solat hajat dah?"
Bila tiba-nya time ber-usrah dengan murobbi,
"Lepas ni, ada usrah tau. Dekat bilik ustazah. Kita pergi sama-sama eh." *padahal baru terfikir balik asrama nak terus tidur. Ish ish ish.*
Sebelum keluar dari bilik study Form 5,
"Eh eh, nak pergi mana tu? Kita Al-Mulk dulu sama-sama jom. Study-study jugak. Al-Quran jangan lupa. Berkat tu."
Bila esoknya hari cuti,
"Malam ni jom qiam dekat musolla. Kita tidur musolla eh. Dah lama tak qiam sama-sama. Rugi kalau dalam seminggu, langsung tak qiam."
Lagi-lagi bila time mathurat, ada je yang mengelat. Time tu lah baru nak basuh baju, time tu lah tiba-tiba dah dapat jalan kira untuk add-math, time tu jugaklah nak mengantuk. Hmm macam-macam gelagat ada. *tertembak diri sendiri*
Tapi, dalam situasi-situasi itu, akan ada salah seorang antara kami yang akan ajak untuk pergi sama. Nak tak nak, sebelum hati di-sentap, baik masing-masing gerak pergi musolla. Takde belok-belok dah.
Hah. Kalau dekat asrama dulu, 'stok-stok' kawan yang suka berpesan-pesan dengan kebenaran ni, selalunya 'geng-geng badar.'
Lagi lah kalau kena dengan orang yang suka 'rebel' ni. Macam aku. *maybe*
Oppss. *sorry pengawas-pengawas badar, hehehe*
Sometimes, pesanan mereka mampu untuk membuatkan hati kita tersentak dan tersentap.
Nampak sama, kan? Tapi lain sebenarnya. *hahaha*
Tapi hakikatnya, itu lah yang dinamakan sahabat.
"Saling berpesan dengan kebenaran dan saling berpesan dengan kesabaran."( Al-'Asr : Ayat 3 )
Namun, jangan sangka ukhuwah itu akan selamanya indah.
'Kerana ombak, pantai menjadi indah.'
Same goes with ukhuwah.
Dalam berukhuwah, pasti ada ujian-uijiannya. Macam-macam. Dan itulah yang semakin mencantikkan lagi ukhuwah kita.
Rasanya banyak sangat dah 'membebel' ni. Ni semua pasal 'can i trust you' awal-awal tadi. *hahaha*
By the way,
Untuk aku dan kalian.
Andaikata ukhuwah kita selama ni, kita lupa untuk sandarkan ia pada Allah, aku kira masih belum terlambat untuk kita perbaharui, kan?
*senyum*
Selamat ber-ukhuwah.
''(Pada hari kiamat kelak ) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa.'' (Al-Zukhruf : 67 )
Monday, 15 December 2014
Tahajud Cinta
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Alhamdulillah,
Kerana aku masih bernyawa sehingga ke saat ini.
Alhamdulillah,
Kerana Allah masih sudi menghadirkan insan-insan yang membahagiakan hidupku.
Alhamdulillah Ya Allah,
Untuk segala-galanya.
"Salah satu solat sunat yang paling susah dan payah untuk kita tunaikan adalah solat tahajud. Sebab apa? Sebab Allah hanya akan kasi nikmat solat tahajud ni pada orang yang betul-betul mahu sahaja. Dan dia memang bersungguh untuk mendapatkannya. Selalunya orang yang mudah bangun tahajud, orang yang hatinya bersih. Macam mana nak dapat hati yang bersih? Dengan membaca Al-quran."
Tazkirah pukul 5 pagi itu masih terngiang-ngiang di kepala. Aku yakin, bukan sekeping hati sahaja yang 'ter-ketuk', hati-hati yang lain mungkin juga merasa perkara yang sama.
Selepas kami menunaikan solat sunat di ruang muslimat itu, aku mengambil tempat untuk mengasingkan diri.
'Tahajud?'
Selama umur aku, memang itu yang paling payah sekali. Ahhh, sudah terlalu banyak waktu Allah kasi dekat kau, tapi kau buat leka je wahai diri?
Kau biarkan masa-masa itu berlalu begitu sahaja. Nikmat dunia yang kau sayang takkan bawa kau ke mana. Tolonglah sedar!
Sedangkan tahajud itu yang paling nikmat sekali.
Cuma ada kau dan Allah.
Salman Al-Farisi berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, solat malam dapat mendekatkan kamu kepada tuhanmu, solat malam adalah sebagai penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh." (HR. Ahmad)
Alhamdulillah,
Kerana aku masih bernyawa sehingga ke saat ini.
Alhamdulillah,
Kerana Allah masih sudi menghadirkan insan-insan yang membahagiakan hidupku.
Alhamdulillah Ya Allah,
Untuk segala-galanya.
"Salah satu solat sunat yang paling susah dan payah untuk kita tunaikan adalah solat tahajud. Sebab apa? Sebab Allah hanya akan kasi nikmat solat tahajud ni pada orang yang betul-betul mahu sahaja. Dan dia memang bersungguh untuk mendapatkannya. Selalunya orang yang mudah bangun tahajud, orang yang hatinya bersih. Macam mana nak dapat hati yang bersih? Dengan membaca Al-quran."
Tazkirah pukul 5 pagi itu masih terngiang-ngiang di kepala. Aku yakin, bukan sekeping hati sahaja yang 'ter-ketuk', hati-hati yang lain mungkin juga merasa perkara yang sama.
Selepas kami menunaikan solat sunat di ruang muslimat itu, aku mengambil tempat untuk mengasingkan diri.
'Tahajud?'
Selama umur aku, memang itu yang paling payah sekali. Ahhh, sudah terlalu banyak waktu Allah kasi dekat kau, tapi kau buat leka je wahai diri?
Kau biarkan masa-masa itu berlalu begitu sahaja. Nikmat dunia yang kau sayang takkan bawa kau ke mana. Tolonglah sedar!
Sedangkan tahajud itu yang paling nikmat sekali.
Cuma ada kau dan Allah.
Salman Al-Farisi berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, solat malam dapat mendekatkan kamu kepada tuhanmu, solat malam adalah sebagai penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh." (HR. Ahmad)
"Mungkin dosa aku... banyak...hmm.."
Umur semakin bertambah, tapi amalan kadang-kadang 'stuck' jugak. Tak bertambah. Belum lagi kira dengan dosa.
Aku pernah terbaca,
"Sepandai mana pun kau dalam matematik, kau tetap takkan dapat kira dosa pahala kau. Walaupun kau guna calculator, tetap takkan dapat kiraan. Kerana kita, manusia. Manusia tak pernah terlepas daripada berbuat dosa."
Manusia dan dosa. Manusia dan pahala.
Agak-agak lah nanti, bila kita sudah kembali pada tempat asal kita, timbangan mana yang paling ringan? Ahh yang paling ringan itu lah yang menggusarkan hati lebih-lebih lagi jika itu timbangan kebajikan selama di dunia.
"Hmm.."
Diri perlu dipaksa. Takkan mahu lepas sahaja nikmat tahajud masa hidup ni. Aku sendiri tidak tahu berapa banyak waktu lagi yang aku ada untuk menghirup udara dunia ini.
Moga Allah beri 'izzah. InShaaAllah.
Sunday, 7 December 2014
Man Ana?
Alhamdulillah, setelah mengharungi pelbagai halangan dan cabaran, akhirnya tercipta juga blog yang selama ini ingin aku miliki.
Sejujurnya, aku bukan lah seorang yang 'pro' dalam dunia blogger. Ini adalah langkah pertama aku untuk berkongsi apa yang sepatutnya aku kongsikan. Something yang bermanfaat pada manusia maybe.
Dan aku pasti, kisah hidup aku nanti mungkin tidak sama dengan manusia yang lainnya.Setiap kisah hidup kita mungkin ada yang nampak sama, mungkin juga hampir serupa namun ternyata sekali jauh berbeza.
Aku tidak mengatakan bahawa hidup sebagai manusia ini susah, payah. Manusia ini memang 'complex'. Tidak dinafikan. Malah, bahagia sekali rasanya menjadi hamba Allah yang bernama manusia.
Bukankah Allah menciptakan jin dan manusia itu hanya untuk beribadah kepada Allah?
Bukan bermaksud ibadah itu skopnya pada solat sahaja. Tetapi, segala perkara yang manusia lakukan, jika niatnya kerana Allah, itu juga adalah ibadah. Dan ibadah itu pahala.
Ahh, senangnya nak dapat pahala. Lebih-lebih lagi hidup dalam agama yang diredhai disisi Pencipta.
Ouhh hampir ku lupa.
Man ana? --- siapa aku?
Aku adalah seorang manusia biasa yang hidup dalam kelompok manusia yang juga biasa-biasa. Masih mencari diri yang pernah hilang suatu ketika dahulu.
Sepertinya aku hampir mendapatkan diri ku itu, namun hakikatnya masih belum berjaya. Sedangkan masa semakin singkat. Moga-moga masih sempat.
Mohon doakan aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)