Pernah dengar,
“Pakaian yang terbaik bagi seorang perempuan adalah pakaian yang dia boleh bawa untuk solat.”
Pernah, kan?
Memang tidak dinafikan, masa berlalu dengan pantas. Begitu juga fesyen. Zaman sekarang terlalu
banyak dengan fesyen muslimah. Bersepah-sepah.
Hijabista lah, Stylista lah, Niqabista lah. Eh.
Kalau fesyen muslimah itu yang memang betul mengikut syari’at, tak menjadi masalah.
Nak tahu fesyen tu ikut syariat atau tidak, berbalik kepada basic adab berpakaian dalam Islam.
Tapi kali ini, aku bukan mahu membicarakan tentang itu. Tidak sama sekali. Kali ini, aku mahu
menceritakan satu pengalaman yang pernah aku lalui masa dahulu. *takde lah dulu sangat, dalam
tahun ni jugak lah.
Hari itu, kami membuat keputusan untuk berjalan-jalan. Al-maklumlah baru lepas habis exam.
Macam biasa, of course lah aku yang paling cepat siap. Disebabkan aku yang paling pantas dalam
bersiap, maka aku ‘berpeluang’ untuk menunggu dengan setia akan dua orang sahabat aku yang masih dalam persiapan.
Tak ada lah lama sangat. Adalah dalam 30 minit macam tu. Sekejap, kan?
Maka, aku mengambil keputusan untuk menunggu mereka di cafe. Tengah syok scroll handphone
baca wasep, tiba-tiba terlihat oleh mataku 2 bentuk lembaga di hadapan.
Wow!
Seorang tu boleh lagi perform pakaian dia. Boleh lah dikategorikan sebagai pakaian muslimah.
Yang seorang lagi ni, pun boleh dikategorikan sebagai pakaian muslimah. Cuma mungkin muslimah moden. Haa gitu. Dengan lilitan shawl yang pada perkiraanku agak complicated ‘sikit’ lilitannya.
Okay. Done. Semua dah siap. Maka, bergeraklah kami ke Mid Valley pada pukul 2 petang.
Tak payah nak cerita lah apa yang di-shopping-kan
dekat Mid Valley tu. Biasalah perempuan. Kalau tak pergi Daiso, pergi makan. Paling-paling tidak pun, pergi menonton wayang mungkin.
Bowling? Jarang sekali melainkan kalau aku yang berkeras.
Tetapi hari itu aku berjaya ‘mematahkan’ niat mereka untuk tidak menonton wayang.
Sebab?
Haaaa. Adalah sebabnya. Rahsia~
Kemudian, kedengaran azan berkumandang di Mid Valley. *ece, berangan je padahal azan
handphone je.
“Haaa Asar dah. Jom lah solat. Lepas tu kita sambung jalan lagi,” kata seorang sahabat aku.
“Aku solat dekat mahallah lah.” Tiba-tiba sahabat aku lagi seorang yang ala-ala muslimah moden itu bersuara.
Aku dan sahabat lagi seorang sama-sama memandang ke arah dia dan reaksi kami seolah-olah bertanya, ‘Kenapa?’
“Yelah, tengoklah shawl aku macam mana.. Susah tau nak lilit. Makan masa.”
Erk.
Ahh, tersentak!
Lebih tersentak bilamana yang berbicara itu adalah individu yang ‘pernah’ punya background didikan agama.
Argh! Tension! *tetiba*
Untuk menjaga hati dia, maka kami berdua berlalu pergi ke musolla. Tinggal lah dia keseorangan di
hadapan Daiso.
Sebenarnya, tak ada lah menjaga hati sangat, mungkin lebih kepada ‘speechless’.
Terfikir, ada juga manusia yang lebih mementingkan personaliti daripada tanggungjawab yang lebih wajib dia tunaikan.
Sekarang kan dah susah, nanti nak berkejar balik lagi hanya untuk selamatkan masa solat dia.
Hmm. Manusia.
Ouh lupa, aku pun manusia juga.
Tapi rasanya tak salah ‘petik’ iktibar daripada orang lain. Dan aku ambil apa yang terjadi hari itu
sebagai iktibar dalam hidup aku.
Pakaian yang terbaik yang dimaksudkan bukanlah semata-mata jubah, bertudung labuh dan berniqab bagai.
Cukup pakaian itu mengikut syariat yang telah digariskan dalam Islam.
Islam itu mudah, jangan kita yang mengambil mudah.
Sister, tak salah nak berfesyen, tapi berpada-pada lah jangan sampai ketepikan apa yang wajib kau tunaikan. Tak susah kan?
"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Hal itu adalah sebagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." (Al-A'raf: 26)
No comments:
Post a Comment