Monday, 15 December 2014

Tahajud Cinta

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Alhamdulillah,
Kerana aku masih bernyawa sehingga ke saat ini.

Alhamdulillah,
Kerana Allah masih sudi menghadirkan insan-insan yang membahagiakan hidupku.

Alhamdulillah Ya Allah,
Untuk segala-galanya.



"Salah satu solat sunat yang paling susah dan payah untuk kita tunaikan adalah solat tahajud. Sebab apa? Sebab Allah hanya akan kasi nikmat solat tahajud ni pada orang yang betul-betul mahu sahaja. Dan dia memang bersungguh untuk mendapatkannya. Selalunya orang yang mudah bangun tahajud, orang yang hatinya bersih. Macam mana nak dapat hati yang bersih? Dengan membaca Al-quran."

Tazkirah pukul 5 pagi itu masih terngiang-ngiang di kepala. Aku yakin, bukan sekeping hati sahaja yang 'ter-ketuk', hati-hati yang lain mungkin juga merasa perkara yang sama.

Selepas kami menunaikan solat sunat di ruang muslimat itu, aku mengambil tempat untuk mengasingkan diri.

'Tahajud?'

Selama umur aku, memang itu yang paling payah sekali. Ahhh, sudah terlalu banyak waktu Allah kasi dekat kau, tapi kau buat leka je wahai diri?

Kau biarkan masa-masa itu berlalu begitu sahaja. Nikmat dunia yang kau sayang takkan bawa kau ke mana. Tolonglah sedar!

Sedangkan tahajud itu yang paling nikmat sekali.

Cuma ada kau dan Allah.

Salman Al-Farisi berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, solat malam dapat mendekatkan kamu kepada tuhanmu, solat malam adalah sebagai penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh." (HR. Ahmad)

"Mungkin dosa aku... banyak...hmm.."
Umur semakin bertambah, tapi amalan kadang-kadang 'stuck' jugak. Tak bertambah. Belum lagi kira dengan dosa.
Aku pernah terbaca,
"Sepandai mana pun kau dalam matematik, kau tetap takkan dapat kira dosa pahala kau. Walaupun kau guna calculator, tetap takkan dapat kiraan. Kerana kita, manusia. Manusia tak pernah terlepas daripada berbuat dosa."
Manusia dan dosa. Manusia dan pahala.
Agak-agak lah nanti, bila kita sudah kembali pada tempat asal kita, timbangan mana yang paling ringan? Ahh yang paling ringan itu lah yang menggusarkan hati lebih-lebih lagi jika itu timbangan kebajikan selama di dunia.
"Hmm.."
Diri perlu dipaksa. Takkan mahu lepas sahaja nikmat tahajud masa hidup ni. Aku sendiri tidak tahu berapa banyak waktu lagi yang aku ada untuk menghirup udara dunia ini.
Moga Allah beri 'izzah. InShaaAllah.


No comments: