Sunday, 29 May 2016

Berubah Sebab...?



Kau fikir dengan cara paksaan untuk berubah itu mudah?

Jangan expect harini kau pung-pang-pung-pang ceramah dia, esok tup-tup tadaaa! Berubah 100% macam yang kau nak. No no!

Proses nak berubah ni panjang. Sebab tu kena sabar. Kena doa. Kena bimbing. Kena nasihat. Kena buat apa lagi? Ya, buat apa yang patut.

Jadi supporter supaya dia ada semangat nak berubah. Bukan hentam buat semangat dia jatuh menjunam. Kebabom! Itu-- tak patut hokeh.

Suka untuk aku selitkan kata-kata seorang sahabat dunia akhirat aku;

"Nanti bila kau dapat tahu masa silam seseorang, jangan sesekali ada benci pada dia. Dan bila dia sakiti kau, jangan sesekali ada tersimpan dendam. Maafkan. Supaya hidup kau tenang."

Jangan berubah kerana manusia. Sebab nanti tak mustahil suatu hari nanti, kau mungkin akan jatuh juga kerana manusia. Berubahlah kerana Allah, supaya ia menjadi satu perubahan yang bermakna. InShaaAllah.

Peringatan buat aku, kamu dan mereka :)

Iman?



Iman, memanglah.

Kadang naik melangit. Kadang turun menjunam. Kita pun kadang-kadang tak jangka tahap iman kita di tahap mana. Manusia seperti kita sifatnya lemah. Sangat lemah. Bila Allah tidak kita letak di hati, macam-macam boleh jadi. Bahaya bila lupa Allah walaupun seminit. Sangat-sangat bahaya serius tak tipu.

Selama mana pun kehidupan kita, mesti sekali atau berkali-kali kita terjatuh. TER--? Ya, ter-- kerana tindakan sendiri. Terlalu mengikut nafsu, iman diletak ke tepi. Lupa Allah itu memerhati. Bila tersedar, oh rupanya itu silap sendiri.

Mahu jatuh, silakan. Tapi jangan terlalu lama. Bimbang nanti tidak sempat masa untuk muhasabah diri sendiri. Seorang manusia tidak patut duduk di dalam kejatuhannya lama-lama. Cukup hanya sekadarnya, dan dia perlu bangkit semula.

Bila iman dirasakan baik, jangan terlalu kita rasa selesa. Iman itu masih perlu diperbaiki lagi. Bila iman itu kita rasa buruk kondisinya, jangan pernah berputus-asa. Allah itu Maha Luas PengampunanNya. Cuma jangan diulangi kesilapan yang sama. Berusahalah untuk sentiasa menjauhinya. Itu lah jihad di zaman kita. Jihad melawan nafsu dunia.

Kata mahu syurga, kenapa tak mahu gerak bersama-sama? Semoga yang terbaik buat aku, kau dan mereka.

Wahai Jiwa Yang Tenang



Tidak perlu bersusah menghukum gelagat manusia, kerana kita pun tidaklah sesempurna mana. Pasti akan ada salahnya juga.

Tapi jika ada salah pada sisi agama, tegurlah sehikmah yang kau ada. Tidak perlu menengking menjaja dosa manusia sini-sana. Tidak perlu menambah isi pada setiap cerita. Kerana akhirnya akan jadi fitnah merata.

Jangan difikir diri sesuci nabi. Jangan difikir syurga itu menanti jika yang batil pada makna hakiki, tidak kau endah untuk selamatkan agama sendiri.

Kadang apa yang diucap pada lafaz bibir, tidak sama apa yang diucap dihati. Pada zahir kau menasihati, namun pada batin kau mengeji. Sungguh kotor hati sebegini yang menganggap dirinya suci.

Namun dia masih punya ruang dan peluang untuk perbaiki diri. Sujud pada Ilahi dan insafi khilaf sendiri. Menangis pada malam hari dan mohon Tuhan ampuni diri. Biar hati tenang. Biar beban dijiwa hilang. Kerana hanya dengan ketenangan, bahagia itu kan datang.

"Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hambaKu. Masuklah ke dalam syurgaKu."

( Al-Fajr: 27-30)

Pesanan buat diri-ku dan kita semua :)